HANYA kerana rakaman video secara boomerang yang secara tidak sengaja menampakkan seolah-olah sedang bercumbuan, pelakon Ika Nabella telah dikritik oleh ramai netizen.
“Saya minta maaf kepada mana-mana pihak yang tidak selesa atau rasa geli dengan video tersebut. Kalau anda lihat betul-betul saya bukan cium mulut dengan suami.
“Malah, kami tidak rancang untuk melakukannya. Ia berlaku secara tidak sengaja. Suami nak cium pipi tapi saya toleh terkena bibir. Malah, saya tergelak sebab rasa kelakar,” katanya dipetik mStar Online.
Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim berkata demikian selepas video yang dimuat naik olehnya di akaun Instagram miliknya tular dan menjadi bahan kritikan netizen.
Video itu kelihatan seperti mereka sedang bercumbuan, namun jika dilihat secara teliti, jelas kelihatan bahawa suaminya, Muhammad Zaid ingin mencium pipinya sahaja.
Bagi pelakon yang berusia 28 tahun itu, dia sendiri tidak menyangka bahawa video tersebut telah menjadi perhatian netizen seterusnya membuatkan ramai yang tidak senang duduk melihatnya.
Namun, dalam ramai-ramai yang mengkritik, mujur masih ada yang memahami situasi tersebut dan turut memberi komen yang positif serta berasa agak hairan kerana perkara seperti itu tidak seharusnya menjadi isu besar.
“Saya tak sangka video itu boleh jadi tular. Sebab saya kongsi sebab rasakan benda itu kelakar.
“Nasib baik ada juga sesetengah orang yang faham situasi itu dan mereka juga pelik kenapa nak diperbesarkan perkara tersebut,” ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, Ika masih belum lagi memadam rakaman video tersebut kerana baginya ia merupakan satu situasi yang lucu.
Sebelum ini, pelakon Mia Ahmad yang mencium suaminya, Idzham Tarmizi, selepas pasukan JDT berjaya menundukkan pasukan Kedah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 yang lalu turut dikecam oleh netizen.
Ini kerana bagi mereka perbuatan mencium itu merupakan satu perkara yang boleh membawa pengaruh ikutan negatif kepada remaja belum berkahwin.
Baca: Netizen Kecam Mia Cium Pipi Suami Atas Padang
Haihh… Makcik bawang betul lah netizen ni. Ada sajalah perkara yang mereka tak puas hati. Itu salah, ini salah. Apa agaknya yang betul di mata mereka ya? – MYNEWSHUB.CC/AH