Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tak Lindungi Ahli Politik...

LUMUT - Kerajaan Negeri Perak tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak termasuk...

PM Hantar Misi Bantuan...

SUBANG - Malaysia terus membantu pelarian Rohingya di Bangladesh dengan menghantar 10 tan...

Michelle Yeoh Dilantik Duta...

KUALA LUMPUR - Pelakon Bond, Michelle Yeoh telah dilantik sebagai Duta Muhibah Program...

Nelydia Nafi Bercinta Semula,...

PELAKON Nelydia Senrose tampil menjelaskan bahawa khabar mengatakan dia dan bekas kekasih Qi...

Ikan Tilapia Malaysia Selamat Dimakan – DOF

KUALA LUMPUR – Susulan dakwaan di media sosial bahawa ikan tilapia tidak patut dimakan dan kononnya menjadi penyebab kanser, Jabatan Perikanan Malaysia memberi jaminan ikan tilapia di Malaysia selamat untuk dimakan.

Menurut jabatan itu, tiada artikel saintifik sama ada dari dalam dan luar negara berkaitan laporan terdapatnya sel kanser pada isi ikan tilapia.

“Tiada juga laporan saintifik yang mengaitkan isu penggunaan makanan ikan dicampur hormon dan agen penggalak tumbesaran diamalkan dalam industri ternakan ikan di Malaysia,” menurut kenyataan jabatan berkenaan.

Kenyataan itu menyebut Jabatan Perikanan Malaysia di bawah Program Agriculture Residue Monitoring (ARMP) telah menjalankan program pemantauan kualiti ikan di peringkat ladang.

Ini bagi memastikan semua jenis ikan dan hasilan ikan bebas daripada kesan pencemaran serta selamat untuk dimakan oleh pengguna.


Kebanyakan pengusaha ternakan ikan tilapia pada masa ini menggunakan strain tilapia yang ditambah baik melalui pembiakbakaan, kacukan dan hibrid untuk meningkatkan kadar tumbesaran.

“Maka penggunaan hormon dan agen penggalak tumbesaran tidak perlu dan membazir serta akan meningkatkan kos operasi,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori