Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

“Saya Bukti Mangsa Bohong...

KUALA LUMPUR – Pembangkang perlu menghentikan pembohongan serta fitnah yang dilemparkan semata-mata  kerana...

Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang,...

PASIR PUTEH - Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus dalam...

Alexis Masih Belum Cukup...

PAUL Scholes percaya Alexis Sanchez masih belum membuktikan kebolehannya kepada Jose Mourinho ketika...

Piala AFF: Jland Anjur...

KUALA LUMPUR - Bagi menyemarakkan aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di...

Imam Al-Azhar Batal Jumpa Naib Presiden AS Di Mesir

KAHERAH – Imam besar Masjid Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb membatalkan pertemuannya dengan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence ketika lawatan ke Mesir.

Ia sebagai bantahan keras oleh institusi pengajian Islam terulung itu susulan tindakan Presiden AS, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel di Washington DC pada Rabu lalu.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Al-Azhar di sini semalam, Sheikh Tayeb mengesahkan menarik balik keputusannya untuk bertemu Pence, yang dijadualkan pada 20 Disember depan.

“Al-Azhar tidak boleh duduk bersama mereka yang memalsukan sejarah dan rampas hak orang. Bagaimana boleh saya duduk bersama mereka yang beri sesuatu bukan milik mereka kepada yang tidak layak?” katanya.

Beliau menerusi kenyataan tersebut menegaskan bahawa: “Presiden AS mesti segera membalikkan keputusan ini.”

Selepas solat Jumaat, Sheikh Tayeb menyeru penduduk Baitulmaqdis: ‘Biarkan intifada ketiga anda setara dengan tahap kepercayaan anda dan cinta kepada negara anda. Kami bersama anda dan tidak akan mengecewakan anda’.”


Menurut Al-Azhar, Sheikh Tayeb juga mengatakan Presiden Trump dan pentadbirannya “bertanggungjawab sepenuhnya kerana menyalakan api kebencian dalam hati umat Islam dan menyebarkan kebencian.”

Jibril Rajoub, anggota kanan kepada parti pemerintah Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmud Abbas berkata Pence “tidak dialu-alukan di Palestin”.

Pence meminta untuk bertemu dengan Mahmud pada 19 Disember ini tetapi Rajoub membayangkan bahawa pertemuan itu tidak akan berlaku. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori