Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

95 Peratus Syarikat Hantar...

KUALA LUMPUR - 95 peratus daripada kira-kira 420,000 syarikat yang diwajibkan menghantar penyata...

Mavcom Patut Dikekalkan –...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan rasa kecewa berhubung ulasan...

Ringgit Dibuka Tanpa Perubahan...

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tanpa mencatatkan perubahan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Buruh Binaan Dipenjara 3...

KUALA LUMPUR: Akibat mengugut untuk membunuh dan berbogel di hadapan rumah seorang wanita...

Imigresen Perlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

KANGAR – Tiga ratus anggota termasuk pegawai Jabatan Imigresen Malaysia melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di ibu pejabat Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perlis dekat sini, hari ini.

Lafaz IBR tersebut diketuai oleh Pengarah Imigresen Perlis Mohd Amir Othman, disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan) Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis, Yaacop Angah.

Abdul Halim berkata, lafaz IBR menunjukkan setiap kakitangan daripada peringkat akar umbi ke pengurusan tertinggi bersedia mempraktikkan integriti pada tahap tinggi dalam melaksanakan tugas mereka.

Katanya,14,900 kakitangan imigresen telah melafazkan IBR dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawai terlibat rasuah.


“Kalau ada yang melibatkan diri dalam rasuah, kita tak akan ambil ringan dan kita boleh tamatkan dia dan dia tidak lagi boleh bekerja dengan jabatan (Imigresen),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori