Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tun M Bodoh Rakyat,...

KETIKA India muncul sebagai negara ke-160 melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada...

Karyawan Filem, LPF Perlu...

PUTRAJAYA  - Persefahaman di antara karyawan filem dan Lembaga Penapis Filem (LPF) perlu...

Cedera Patah Bahu Tak...

PELAKON dan penyanyi, Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok patah bahu...

Suami Isteri Ditahan Bersama...

KOTA BHARU – Polis menahan sepasang suami isteri bersama dua pucuk pistol serta...

Indonesia Sasar Tarik 7 Juta Pelancong Ke Bali

JAKARTA – Kementerian Pelancongan Indonesia menyasarkan untuk mencatatkan ketibaan tujuh juta pelancong ke Bali, tahun depan.

Menteri Pelancongan Arief Yahya berkata sasaran 6 juta pelancong ke pulau itu tahun ini tidak tercapai disebabkan letusan Gunung Agung baru-baru ini.

“Sehingga Oktober 2017, sejumlah 5 juta pelancong asing melawat Bali,” kata beliau.

Bagaimanapun, Arief berkata Bali masih menjadi destinasi paling popular di kalangan pelancong yang melawat Indonesia.

“Selepas Bali, destinasi popular yang lain ialah Jakarta, Bandung dan Bogor di Jawa Barat dan Lombok,” kata beliau.


Media dalam talian tempatan melaporkan bahawa kementerian juga aktif mempromosikan pelancongan Indonesia di lima negara di Timur tengah iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Qatar dan Oman.

Menurut data kementerian, sehingga 12.02 juta pelancong asing melawat Indonesia pada 2016 termasuk dari Singapura (1.47 juta), China (1.45 juta) dan Malaysia (1.225 juta). – BERNAMA

Kategori