Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Ribut Lebih Dua Jam...

KLANG - Hujan lebat berserta angin kencang yang berlaku lebih dua jam di...

Jo Schooling Tunda Khidmat...

DI atas kejayaannya yang berjaya memperolehi pingat emas pertama buat Singapura, Joseph Schooling...

Polis Temui Serpihan Bahan...

ALOR SETAR - Polis menemui sejumlah besar serpihan bahan letupan yang meletup di...

Lukis Watak ‘The Avengers’...

MEMANG berbakat dan kreatif, seorang wanita dari Vietnam ini berjaya buktikan seni juga...

Industri Halal: Malaysia Sedia Kerjasama Maldives

MALE (Maldives) – Malaysia mahu menjalinkan kerjasama dengan Maldives dalam industri halal terutamanya dari aspek makanan dan perkhidmatan halal serta pelancongan dan kewangan Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sedang mengadakan lawatan rasmi ke negara itu, berkata beliau membangkitkan tentang kerjasama industri halal itu pada pertemuan dengan Presiden Maldives, Abdulla Yameen Abdul Gayoom di sini, Rabu.

Dalam sidang berita bersama Abdulla Yameen selepas pertemuan empat mata dan mesyuarat delegasi di Pejabat Presiden, Najib berkata pensijilan halal Malaysia sudah pun menjadi satu penanda aras global.

“Kami (Malaysia dan Maldives) boleh bekerjasama walaupun dengan mengeksportnya ke negara ketiga. Kami juga melihat kepada kewangan Islam memandangkan Malaysia peneraju sektor ini,” kata beliau.

Mengenai bidang pelancongan di mana Maldives terkenal sebagai satu daripada destinasi pelancongan popular dunia, Najib berkata Malaysia kagum dengan keupayaan Maldives membangunkan pulau-pulaunya walaupun menghadapi banyak cabaran termasuk logistik.

Najib berkata kejayaan Maldives ternyata melangkaui jangkaan dengan membawa beberapa nama besar untuk mengendalikan hotel-hotel di negara pulau itu selain ia mencipta nama sebagai destinasi pelancongan utama dunia.

Maldives merupakan kepulauan di Lautan Hindi yang merangkumi 1,190 pulau. Hanya 195 pulau sahaja yang didiami dan kira-kira 90 pulau itu dibangunkan sebagai pusat peranginan pelancong.


“Kami ingin mengkaji bagaimana anda mencapai (kejayaan) ini. Saya harap ada peluang bagi syarikat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pelaburan pembangunan sektor pelancongan anda,” kata beliau.

Dalam pada itu, Najib berkata dengan Maldives mengakui Malaysia sebagai model pembangunan ekonomi, ia membuktikan bahawa apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia adalah betul.

“(Ini adalah) pengesahan pihak ketiga yang amat penting bagi kami, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda (Presiden Maldives) kerana memberi keyakinan kepada kami bahawa kami berada di landasan yang betul,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori