Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

6 Ahli Parlimen KL...

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan pelantikan enam Ahli Parlimen...

Dari Mana Datangnya Angka...

ALOR SETAR - "Saya pun tidak tahu dari mana datangnya angka 129 itu,"...

KD Hang Tuah, Kapal...

LUMUT — Selaras dengan tradisi amalan tentera laut di seluruh dunia, Tentera Laut...

Banjir Di Terengganu Dan...

KUALA LUMPUR : Situasi banjir di Terengganu dan Kelantan bertambah baik pagi ini...

Iqram Dinzly Sambut Baik Surat Terbuka Mufti Wilayah

KISAH perlakuan ‘pelik’ pelakon Iqram Dinzly nampaknya masih mendominasi laman sosial sehingga menarik perhatian beberapa pihak berpengaruh, termasuklah Mufti Wilayah Persekutuan.

Semalam, menerusi laman rasmi Instagram Mufti Wilayah Persekutuan, pihak Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri ada memuat naik surat terbuka kepada pelakon 36 tahun itu.

Menurut Zulkifli, beliau memasang niat untuk berjumpa dengan Iqram bagi membincangkan isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

“Mungkin ada sisi-sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan,” tulisnya di laman Instagram.

Zulkifli turut menasihatkan supaya aktor itu tidak mengendahkan cemuhan netizen yang memenuhi ruang laman sosialnya kerana hanya akan memberikan tekanan kepadanya.

“Nasihat kami, cemuhan-cemuhan berkenaan tidak perlu dipedulikan dan diambil perhatian kerana sejujurnya ia akan lebih memberikan tekanan kepada saudara,” ujarnya.

Zulkifli bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut tentang isu tersebut memandangkan pihaknya tidak mengetahui perkara sebenar dan hanya mengambil sikap berkecuali.

Malah, Zulkifli turut memuji Iqram kerana sering melazimi zikir dan menasihatkan anak jati Perak ini tidak meninggalkan amalan yang mendekatkan jiwa dengan Yang Maha Esa itu.

“Kami nasihatkan saudara supaya mendekati al-Quran, begitu juga zikir-zikir.

“Kami ada menonton beberapa LV (live video) saudara yang menujukkan saudara adalah seorang yang menzalimi zikir,” ujarnya.

Iqram dalam pada itu menerima baik surat terbuka yang ditujukan kepadanya dan berterima kasih atas keprihatinan serta memberikan pujian kepada pihak Zulkifli kerana menggunakan medium tersebut dengan cara yang betul.


Sebelum ini, laman sosial pelakon drama Dunia Baru itu sering dipenuhi dengan cemuhan dan hinaan daripada netizen yang seakan ‘membuli’nya di alam siber.

“Sebelum ini, saya kesal dengan sikap segelintir pihak yang hanya tahu mengkritik dan menghentam. Ada juga yang memberikan nasihat di laman sosial tetapi cara mereka tidak kena dan terlalu kasar,” kata Iqram dipetik Harian Metro.

Tambah Iqram, dia tidak menolak tawaran Zulkifli untuk berjumpa dengannya. Namun, pertemuan itu tidak akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Saya menghormati tawaran beliau dan bersedia bertemu tetapi bukan dalam waktu terdekat kerana ibu saya masih dalam edah.

“Saya tidak boleh berjauhan dengan ibu buat masa ini,” tambahnya lagi.

Terdahulu, nama Iqram berjaya mencuri tumpuan netizen apabila dia memuat naik gambar-gambar dan video yang ‘pelik’ di laman Instagramnya.

Terbaru, aplikasi live video di laman media miliknya puala telah disekat oleh pihak Instagram.

Walaupun Iqram tidak menuduh sesiapa, tetapi dia yakin ada pihak yang dengki dengan dirinya. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori