Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sejuta Umat Islam Bakal...

KELUASANNYA mampu menampung 600 ribu jemaah. Pada Musim Haji jemaah pastu mencecah sejuta...

NADMA Tubuh Sukarelawan Bantuan...

MERSING - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menubuhkan Pasukan Sukarelawan NADMA terdiri...

Pasar Malam, Kedai Gunting,...

KUALA LUMPUR - Pasar malam, pusat cuci kereta dan kedai gunting rambut dibenarkan...

Bazar Ramadan Lorong TAR...

KUALA LUMPUR - Lokasi baharu bazar Ramadan di Jalan Raja di sini bagi...

Israel Lanjutkan Penahanan 3 Wanita Sekeluarga

TEL AVIV – Mahkamah Israel semalam melanjutkan tempoh penahanan tiga wanita Palestin yang ditangkap selepas video mereka menyerang tentera rejim Zionis di Tebing Barat menjadi viral.

Polis Israel berkata, mahkamah tentera Ofer mengarahkan Ahed Tamimi, 17; ibunya, Nariman Tamimi, 43 dan sepupu remaja itu, Nour Naji Tamimi, 21, kekal dalam tahanan hingga Khamis ini.

Ketiga-tiga wanita berkenaan ada dalam video yang menjadi viral selepas ia dirakamkan pada 15 Disember lalu di kampung Nabi Saleh di Tebing Barat, berhampiran Ramallah.

Rakaman menunjukkan Nour dan Ahed menghampiri dua tentera Israel sebelum menolak, menendang dan menampar mereka sambil merakamkan kejadian itu menerusi telefon bimbit.

Anggota tentera tidak membalas dan bergerak ke belakang selepas ibu Ahed, Nariman turut masuk campur.


Keluarga Tamimi kerap berada di hadapan dalam bantahan di Nabi Saleh menentang pencerobohan Israel di Tebing Barat.

Mereka berkata, seorang anggota keluarga ditembak di kepala dengan peluru getah ketika bantahan pada 15 Disember lalu.

Pengguna media sosial mengkritik penangkapan Ahed pada tengah malam, menegaskan penduduk Palestin berhak menentang pencerobohan tentera. – AFP

Kategori