Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

50 Kekosongan Jawatan Gred19...

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan 50 kekosongan jawatan pegawai penguat kuasa...

‘Mat Dan’ Tak Sabar...

KUALA TERENGGANU - Kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini mungkin berbeza dari tahun-tahun...

Sajat Terima Anugerah Tokoh...

NAMA pengusaha produk kecantikan, Nur Sajat semakin dikenali bukan sahaja kerana produk keluarannya...

Sekatan Minyak Sawit Satu...

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melabelkan Kesatuan Eropah (EU) sebagai...

Isu Israel: Beranikah Mahfuz Kecam Mahathir?

PULAK DAH… Adakah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membuat pusingan U menyokong tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad meluluskan perdagangan Malaysia dengan Israel pada tahun 20 Mac 1996?

Ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, Mahfuz dalam sidang Parlimen pada 7 Jun 2010 mengkritik Mahathir kerana didakwa meluluskan perdagangan Malaysia dengan Israel secara sulit dan rahsia pada 1996.

“Sekarang, apabila Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, beranikah lagi Mahfuz menyalahkan Mahathir selaku Perdana Menteri kerana didakwa “membenarkan urusan perdagangan antara Malaysia dengan Israel”.

“Jawapan kepada soalan ini akan membolehkan kita tahu apakah Mahfuz adalah ahli politik yang berpegang kepada prinsip ataupun tidak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kamarul turut mempersoalkan sama ada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih mendakwa Mahathir rejim yang “mendukung Israel” kerana memenjarakan pihak yang bantah kedatangan pasukan kriket Israel ke Malaysia.


Menurut beliau, Guan Eng pada sidang Parlimen 1996 memberitahu ada beberapa pihak yang membantah kedatangan pasukan kriket dari Israel ke Malaysia didakwa dan dipenjarakan oleh kerajaan Malaysia ketika itu.

Justeru, beliau berharap rejim berkenaan meminta maaf kepada mereka yang menentang Israel tersebut bagi menebus balik maruah Malaysia yang tidak sepatutnya membenarkan pasukan kriket Israel masuk ke tanah air pada masa itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori