Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SADA Siap Sedia Tangani...

ALOR SETAR - Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) kini bersedia menangani...

Hentian Bas Greenwood Bakal...

KUALA LUMPUR - Hentian Bas Greenwood, Gombak yang sebelum ini dijadikan hentian bas...

Pengerusi Skim Wajib Tayang...

PENGERUSI Skim Wajib Tayang, Zahrin Aris mencabar pengarah, Ahmad Idham membuat laporan kepada...

Menara Jam Ikonik Big...

LONDON – Menara jam besar mercu tanda ibu kota Britain, Big Ben bakal...

Jalan Rosak Bukan Punca Kemalangan Di Lebuh Raya

BAGAN SERAI – Kemalangan yang berlaku di semua lebuh raya seluruh negara terutama pada musim cuti persekolahan bukan disebabkan faktor jalan rosak sebaliknya sikap pemanduan yang tidak berdisiplin dan berhemah.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pihaknya telah melakukan pelbagai perkara bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kesesakan pada kemuncak cuti persekolahan antaranya menutup lorong tunai dan tidak mengizinkan kenderaan berat menggunakan lebuh raya.

“Namun kemalangan tetap berlaku disebabkan sikap pemandu yang tidak berdisiplin dan berhemah serta ada pemandu yang memandu di bawah pengaruh dadah yang menjadi faktor utama kejadian kemalangan maut sejak kebelakangan ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Program Berkhatan membabitkan 30 kanak-kanak peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol di Dewan Kampung Padang Lalang di sini hari ini.


Noor Azmi berkata demikian sebagai mengulas mengenai insiden bas ekspres dengan sebuah treler dan lori kontena di KM294.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Kampar semalam menyebabkan seorang wanita maut manakala pemandu bas serta 12 penumpang lain cedera ringan. – BERNAMA

Kategori