Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Kalau Dah ‘Kelelong’ Lidah,...

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini...

Giliran Jin Wei Lakar...

KUALA LUMPUR - Membuat penampilan sulung dalam Kejohanan Dunia langsung tidak membuatkan Goh...

Siasatan Kes Rogol Pelarian...

BANDA ACEH - Masalah bahasa menyebabkan siasatan kejadian rogol tiga wanita pelarian Rohingya di...

2 Remaja Perempuan Lemas...

KOTA KINABALU - Dua remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui mati lemas selepas...

Jamah Makanan Penumpang, Pramugari Digantung Kerja

BEIJING – Seorang pramugari Urumqi Air digantung kerja selepas dirakam selamba memakan hidangan yang sepatutnya disajikan kepada para penumpang dalam pesawat tersebut.

Media di China melaporkan bahawa syarikat penerbangan tambang rendah yang berpusat di Urumqi, wilayah Xinjiang tersebut mengesahkan perkara pelik berkenaan dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin.

Kes aneh itu terbongkar setelah satu rakaman video secara amatur berdurasi 30 saat yang menunjukkan perbuatan si pramugari tersebut mulai tular dalam kalangan netizen selepas tersebar luas menerusi media sosial.

Selepas siasatan dalaman dilakukan, pengurusan syarikat penerbangan tersebut menyatakan bahawa kakitangannya itu sebagai “tidak mematuhi piawaian prosedur standard dalam menangani makanan berlebihan”.

Selain digantung kerja buat sementara waktu, tindakan disiplin turut akan diambil ke atas pramugari berkenaan, menurut Urumqi Air yang ditubuhkan sejak 2014 dan kini terbang ke 26 destinasi domestik di China.


Syarikat itu juga menambah bahawa ia akan memastikan semua kakitangannya mematuhi prosedur untuk menangani saki baki makanan dan elak perkara sama daripada berlaku lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori