Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Khidmat Najib Diperlukan Bantu...

SHAH ALAM - Khidmat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang...

Ahli G25 Perlu Pandai...

DAJJAL DOMESTIK oleh : Tuan Asmawi bin Tuan Umar (JAWI).Nampak gaya beria-ia...

Apple iPad Pro Mula...

APPLE menerusi laman web rasmi mereka, telah memperkenalkan harga jualan untuk tablet terbaru,...

Presiden Myanmar Lawat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Presiden Myanmar, U Thein Sein akan mengadakan lawatan negara ke...

Jangan Jadikan Tanah Runtuh Lokasi Berpesta

KUALA NERUS – Orang ramai yang berkunjung ke pantai Mengambang Telipot disaran agar menjauhi kawasan runtuhan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kolam,Mengabang Telipot Noradira Udin berkata orang ramai menjadikan kawasan itu bagaikan tapak pesta tanpa memikirkan risikonya hanya semata-mata untuk melihat lebih dekat.

“Jalan ini sudah ditutup untuk laluan orang ramai sejak malam tadi selepas runtuhan berlaku kira-kira 8.30 malam tadi akibat hentakan ombak setinggi 2.8 meter.

“Lokasi ini memang menjadi tumpuan orang ramai untuk nenikmati sotong celup tepung, namun amat membimbangkan apabila kebanyakan mereka bertindak memasuki laluan ini meskipun ia sudah ditutup,” katanya semasa ditemui media di sini.

Menurut beliau lagi keadaan lebih membimbangkan apabila orang ramai datang ke lokasi ini semata-mata untuk melihat tanah runtuh sedangkan kerja penambakan giat dijalankan.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil berkata pandangan penduduk kampung akan diambil kira dalam menangani masalah hakisan, kerana mereka lebih arif situasi pantai dan laut di kawasan itu.

“Sebenarnya, kita memang mengambil serius permasalahan ini sejak sekian lama, tetapi pihak kami sudah menyerahkan kerja-kerja penambakan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).


“Apa yang kami harapkan kerja penambakan sementara ini mampu mengelak ia menjadi semakin teruk,” katanya yang turut membuat tinjauan di lokasi tersebut.

Peniaga Wan Mohd Saufan Wan Ismail, 36 berkata kejadian ini adalah paling teruk pernah berlaku di lokasi itu.

Beliau yang telah empat tahun menjalankan perniagaan di situ, turut meluahkan kebimbangan sekiranya runtuhan tersebut semakin teruk (kini sebahagian jalan telah runtuh) kerana ia boleh menjejaskan sumber pendapatannya.

Beliau berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah tersebut tidak lama lagi. – BERNAMA

Kategori