Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Perlimen P.Pauh Perlukan Wakil...

BUKIT MERTAJAM - Penduduk di kawasan Parlimen Permatang Pauh memerlukan seorang wakil rakyat...

Syed Saddiq Nafi Dakwaan...

SHAH ALAM : Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...

Melaka Terus Laksana Prinsip...

MELAKA - Kerajaan Negeri menerusi sistem kehakimannya akan terus melaksanakan prinsip keadilan dalam...

Kes Demam Campak Di...

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengesahkan berlaku peningkatan kes demam campak di...

Jannah Dibenarkan Meneruskan Persekolahan

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) tiada halangan membenarkan Nurul Jannah Abdullah, 7, meneruskan persekolahan ke darjah dua tahun depan Jika keluarga angkatnya ​​dapat mengemukakan dokumen lengkap mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin berkata, langkah itu adalah bagi mengutamakan murid warganegara mempunyai tempat di sekolah kebangsaan sebelum memberi laluan kepada murid bukan warganegara.

“Kita perlu mengutamakan murid tempatan terlebih dahulu, tetapi kita akan memberi peluang penempatan pembelajaran untuk mereka (murid bukan warganegara) jika keluarga boleh mengemukakan dokumen seperti yang ditetapkan dalam SOP.

“Keluarga angkat perlu berusaha mendapatkan dokumen berkenaan dengan apa cara sekali pun jika ingin menyekolahkan murid tersebut, dan ini bukanlah kes pertama yang melibatkan perkara sebegini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Shafrudin mengulas dilema dihadapi ibu bapa angkat Nurul Jannah, Junainah Othman, 40, dan suaminya Zulkifli Yunus, 45, dari Kampung Ibai Penunjuk, Dungun, untuk menyekolahkannya berikutan tidak mempunyai pasport dan surat nikah ibu bapa kandung Nurul Jannah.

Nurul Jannah merupakan anak kepada pasangan pendatang asing tanpa izin (Pati) berasal dari Indonesia dan Bangladesh.


Menurut Shafruddin lagi, sebelum ini terdapat kes sama berlaku yang mana ibu bapa angkat terpaksa membawa anak angkatnya pulang ke negara asal untuk mencari ibu bapa kandung mereka bagi mendapatkan dokumen diperlukan dan diberi penempatan persekolahan oleh JPN di sekolah kerajaan setelah berjaya peroleh dokumen terbabit.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A Latif Awang ketika dihubungi Bernama berkata perkara sedemikian perlu dipandang serius oleh pasangan yang ingin mengambil anak Pati sebagai anak angkat.

“Kita harap pasangan yang ingin ambil anak angkat daripada golongan Pati atau anak angkat bukan warganegara perlu memastikan setiap dokumen berkenaan lengkap terlebih dahulu sebelum bertindak mengambil mereka sebagai anak angkat.

“Ini untuk menjaga kebajikan dan pendidikan pelajaran kanak-kanak tersebut pada masa hadapan agar tidak timbul isu sebegini sehingga menyusahkan kembali pasangan terbabit untuk sekolahkan mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori