Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tiga Rakyat Malaysia Mangsa...

IPOH: Keluarga tiga lelaki rakyat Malaysia yang masing-masing terkandas di Thailand, Kemboja dan...

Doktor Dedah LGBT, HIV...

DERMA darah secara sukarela adalah amalan kemanusiaan yang mulia demi menyelamatkan nyawa ribuan...

Belia India Digesa Manfaatkan...

KUALA LUMPUR - Belia India harus merebut peluang daripada penawaran tambahan 1.5 bilion...

Semangat UMNO Masih Menebal...

JOHOR BAHARU - Ketua Umno Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini...

Jenazah Ismail Dikebumi Selepas Solat Isyak

KUANTAN – Jenazah Ismail Yaacob, 53, yang meninggal dunia pukul 1.40 pagi tadi, akibat kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Kuala Kangsar-Gerik pada Ahad lalu, akan dikebumikan selepas solat isyak malam ini.

Abang iparnya Mohd Nor Yong, 48, berkata jenazah Ismail akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin di sini, bersebelahan kubur tiga anaknya yang turut meninggal dunia akibat kemalangan itu.

“Jenazah telah dibawa dari Hospital Taiping, Perak pada pukul 12.30 tengah hari tadi dan dijangka tiba malam ini. Turut mengiringi jenazah ialah anaknya Muhammad Haris.

“Jenazah akan disolatkan di Masjid Bukit Kuin terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di sini, hari ini.

Ismail parah selepas kereta dipandunya dilanggar sebuah lori yang dipercayai mengalami masalah brek, semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Lenggong, pukul 11 pagi, Ahad lalu.


Kemalangan menyebabkan anak Ismail, iaitu pasangan kembar Muhammad Hanif Ismail dan Nur Ain Hanifah, 8, serta kakak mereka Nur Ain Hafizah, 22, maut di tempat kejadian.

Isterinya Zarina Yong, 44, dan seorang lagi anaknya Nur Ain Harizah, 13, pula cedera dalam kejadian itu. – BERNAMA

Kategori