Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

DAP Mahu Azmin Kaji...

KUALA LUMPUR - Parti DAP mahu Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan...

Penjara Lima Tahun Kerana...

Kuala Terengganu : Juruteknik dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di...

Belum Ada Rezeki, Mia...

SETIAP pasangan suami isteri pasti mahu dikurniakan cahaya mata. Namun setiap yang terjadi...

TN50 Buatkan Anak Muda...

KUALA LUMPUR - Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mengangkat suara serta aspirasi anak...

JKM Tunggu Laporan Perubatan Mangsa Remaja Dera

PUTRAJAYA – Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sedang menunggu laporan perubatan daripada pegawai perubatan di Hospital Selayang bagi menentukan sama ada penderaan berlaku ke atas seorang remaja perempuan yang bekerja di sebuah pusat rawatan kesihatan di Semenyih, Kajang.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) JKM, Mohd Fazari Mohd Salleh berkata mangsa berusia 13 tahun itu kini berada di Hospital Selayang bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan perubatan selanjutnya.

“JKM akan berbincang serta mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan di hospital tersebut bagi menentukan sama ada penderaan berlaku ke atas remaja itu.

“Sekiranya penderaan berlaku, JKM akan mendapatkan perintah sementara daripada pihak mahkamah bagi mendapatkan perlindungan sementara sama ada kepada orang yang layak dan sesuai, badan bukan kerajaan (NGO) atau rumah kanak-kanak di bawah JKM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Fazari mengulas laporan media mengenai seorang remaja yang telah didera setelah mengadu kepada seorang pelanggannya di pusat rawatan itu mengenai apa yang berlaku ke atas dirinya.


Mangsa itu didapati mempunyai kesan melecur pada lengan, mulut dan hampir seluruh tubuhnya dipercayai dipukul dengan senduk panas selain turut dicekik dan ditumbuk oleh penjaganya.

Mohd Fazari menegaskan pihaknya akan memastikan bahawa remaja tersebut akan mendapatkan perkhidmatan sokongan lain mengikut keperluannya seperti kaunseling dan bengkel interaktif.

Semalam, polis menahan seorang wanita yang juga penjaga pusat rawatan kesihatan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika hadir memberi keterangan kira-kira 5.30 petang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JKM

Kategori