Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Eksport Oktober Susut 6.7%...

KUALA LUMPUR - Jumlah eksport pada bulan Oktober susut 6.7% kepada RM90.6 bilion...

6 Bulan Berlalu, Fathia...

MESKIPUN sudah 6 bulan kontroversi aplikasi Bigo Live berlalu, namun Fathia Latiff mengakui...

Pemuda PAS Ipoh Timur...

KUALA LUMPUR - Perbalahan dalam kalangan pimpinan akar umbi PAS berhubung keputusan Muktamar...

Tajuddin Mahu Tanding Jawatan...

PASIR SALAK - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman,...

Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan 551 Orang Pagi Ini

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan kekal kepada 551 orang setakat 8 pagi ini, sebagaimana direkodkan pada 8 malam tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua jajahan iaitu Pasir Mas dan Tumpat.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 516 mangsa daripada 231 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS, manakala Tumpat dengan 35 mangsa daripada sembilan keluarga di sebuah PPS.

Portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang turun kepada paras amaran iaitu 8.65 meter berbanding 8.98 meter pada pukul 8 malam tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.


Keadaan cuaca mendung. – BERNAMA

Kategori