Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

‘Di Mana Bella? Dia...

BATU PAHAT: Kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella sejak hampir...

SME ASEAN Perlu Daya...

KUALA LUMPUR - Perusahaan kecil dan sederhana (SME) ASEAN perlu membina daya tahan...

Kanak-Kanak Kena Langgar, Saksi...

KEMALANGAN di China ni diibaratkan macam sudah biasa berlaku dan tak pelik jika...

Malim Gunung Kinabalu Digelar...

KUNDASANG - Biarpun mereka tidaklah sesasa pelakon filem namun gambar seorang malim gunung...

Mangsa Banjir Kota Belud Kekal 120 Orang Petang Ini

KOTA BELUD – Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Dewan Masyarakat Tun Said, di sini kekal 120 orang daripada 79 keluarga sehingga jam 4 petang tadi.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, mangsa merupakan sebahagian daripada penduduk 26 kampung di Kota Belud yang terjejas banjir akibat hujan berterusan sejak semalam.

Menurutnya jumlah jalan raya terjejas banjir dan tidak dapat dilalui kenderaan juga kekal sembilan iaitu Jalan Kampung Marajah-Kampung Donggoi, Jalan Lebak Moyoh-Bypass Kudat, Jalan Kampung Sembirai, Jalan Kampung Lebak Engad, Jalan Kampung Limau, Jalan Kampung Menunggui,Jalan Bobot, Jalan Kota Belud dan Jalan Siasai Tamu.

Sementara itu, paras Sungai Kedamaian pada masa ini ialah 1.23 meter (m) manakala paras Sungai Abai pula iala 5.66m iaitu masing-masing pada paras amaran dan bahaya. – BERNAMA

Kategori