Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemuda Tampil Mohon Maaf...

SHAH ALAM - Seorang anak muda hari ini menemui bekas Perdana Menteri, Datuk...

JHEV ATM Kutip Semula...

MEMBAKUT - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) sedang mengutip...

Guru Kembar Terima Anugerah...

BUKIT MERTAJAM - Pasangan kembar yang bertugas sebagai guru antara penerima anugerah perkhidmatan...

Gara-Gara Dikecam, Tiba-Tiba Anwar...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar...

Kad Baharu Anggota Parlimen Dilancar 2018

KUALA LUMPUR – Kad baharu Anggota Parlimen yang ditambah baik termasuk memiliki ciri-ciri keselamatan akan dilancarkan tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata penambahbaikan terhadap kad Anggota Parlimen itu yang dibuat dengan kerjasama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, bagaimanapun bukan bertujuan sebagai pengganti kepada kad pengenalan.

“Fungsi utama kad (Anggota Parlimen) adalah untuk memaklumkan bahawa pemegang merupakan seorang anggota parlimen dan beliau layak menerima beberapa hak serta keistimewaan seperti termaktub di dalam Kertas Statut 235 Tahun 1983,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Negara, hari ini.

Justeru, beliau berkata sebarang cadangan untuk mengiktiraf kad Anggota Parlimen sebagai kad pengenalan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dalam penggulungannya pula, berkata kini terdapat sejumlah 1,781 kelas Tabika Perpaduan yang dibangunkan atas permintaan komuniti setempat di Kawasan Rukun Tetangga di mana jumlah tersebut meningkat berbanding hanya 25 kelas pada 1976.

“Jumlah penempatan kanak-kanak di kesemua kelas tabika tersebut boleh mencapai jumlah maksimum seramai 44,525 kanak-kanak setiap tahun dengan bilangan purata 25 kanak-kanak untuk satu kelas,” katanya. – BERNAMA

Kategori