Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

P.Pinang Belum Dalam Zon...

GEORGE TOWN - Pulau Pinang masih belum mencapai tahap risiko krisis air atau...

Anak Muda Harus Ada...

NILAI – Semangat Pendeta Za’ba harus ditiupkan khususnya dalam kalangan anak muda di...

Calon Wanita PRN-11, Pengiktirafan...

KUCHING - Pemilihan lebih banyak calon wanita dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11...

Pengawal Pantai Itali Selamatkan...

ROME - Perkhidmatan pengawal pantai Itali menyelamatkan kira-kira 264 pendatang yang menaiki bot...

KAFA Lakukan Rundingan Akhir Dengan Marko Khamis Ini

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan melakukan rundingan akhir dengan bekas penyerang import Melaka United, Marko Simic bagi mendapatkan khidmat pemain itu untuk memperkuat Kelantan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata pemain kelahiran Croatia itu akan tiba di Kota Bharu pada Khamis ini untuk berbincang mengenai kontrak yang ditawarkan oleh KAFA.

“Sebelum ini saya ada berhubung dengan beliau dan pemain itu menyatakan hasrat untuk berjumpa KAFA dan bersedia untuk menandatangani kontrak bersama Kelantan.

“Malah Simic juga menunjukkan kesungguhan tinggi untuk menyertai Kelantan pada musim depan apabila sedia bertolak ansur membabitkan beberapa hal kecil dalam kontrak yang ditawarkan kepadanya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

KAFA sebelum ini dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 30 tahun itu bagi memperkemas jentera serangan Kelantan dan rundingan awal menunjukkan keputusan positif.

Bagaimanapun, pada masa sama terdapat desas-desus mendakwa pemain berkenaan telah dipancing oleh pasukan Kedah.


Bibi Ramjani berkata buat masa ini KAFA menawarkan kontrak selama setahun kepada pemain terbabit dan tidak teragak-agak untuk menyambungnya jika Simic menunjukkan prestasi yang memuaskan.

Mengulas mengenai kuota bagi pemain import dari ASEAN, Bibi Ramjani mengesahkan penyerang skuad kebangsaan Filipina, Misagh Bahadoran hampir pasti menyarung jersi The Red Warriors untuk mengisi kuota pemain ASEAN.

“Setakat ini saya boleh mengesahkan 90 peratus pemain import itu akan menyertai Kelantan dan dia juga akan tiba ke Kelantan Jumaat ini,” katanya.

Setakat ini Kelantan memiliki tiga pemain import iaitu Margaro Gomis (Perancis), Cassio Francisco de Jesus (Brazil) Do Dong-hyun (Korea Selatan). – BERNAMA

Kategori