DUNIA maya hari ini dihebohkan dengan berita mengenai pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pingat yang melibatkan dua aktor terkenal iaitu Aaron Aziz dan Farid Kamil.
Istiadat penganugerahan pingat berkenaan disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Baca:Â Aaron Aziz, Farid Kamil Terima Gelaran Datuk
Bagaimanapun, disebalik perkhabaran gembira itu ternyata terselit juga mulut-mulut ‘puaka’ yang mempertikaikan gelaran yang diterima oleh dua figura berpengaruh dalam industri filem tempatan itu.
Rata-rata meluahkan rasa hairan mengapa gelaran Datuk pada masa kini begitu mudah untuk diraih dan penganugerahan kali ini nampaknya menerima pelbagai reaksi yang lebih ‘pedas’ daripada netizen di laman sosial.
Ramai yang nampaknya muak melihat artis-artis yang tidak diketahui jasa mereka menerima gelaran dari istana.
Bukan cemburu, tetapi masyarakat prihatin dengan kedudukan Raja-raja Melayu yang semakin tercalar kerana memberikan terlalu banyak gelaran kepada terlalu banyak pihak.
Namun yang paling mencuit hati,  terdapat juga netizen dilihat seolah-olah ‘menghangatkan’ lagi keadaan dengan memetik nama Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi dalam komen mereka.
Hmmm… Mungkin penganugerahan yang diterima itu dah rezeki pelakon-pelakon berkenaan. Siapa kita nak terus pertikai rezeki seseorang kan?
Apapun, tahniah sekali lagi diucapkan buat kedua-dua pelakon berkenaan di atas penganugerahan yang diterima! – MYNEWSHUB.CC/AM