Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Jualan Motor Kapcai Naik...

JANGKAAN... Boon Siew Honda Sdn. Bhd. tidak menolak kemungkinan jualan motosikal murah atau...

Rakyat Malaysia Keturunan Cina...

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang tetapi adalah anak watan...

PRU15: Papan Iklan Calon...

KULAI: Beberapa poster dan papan iklan yang memaparkan wajah calon Barisan Nasional (BN)...

Siti Nurhaliza Tiada Kaitan...

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak akan...

“Kalau Berani Sangat, Sila Maki Depan Saya” – Aishah

“MARI jumpa saya wahai Ustazah Hamidah, kalau nak maki orang biar depan-depan.”

Itulah yang dikatakan oleh penyanyi Aishah yang merupakan peserta Gegar Vaganza 4 selepas ada seorang individu yang bergelar ‘ustazah’ telah menghina dirinya.

Menurut Aishah atau nama sebenanrnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 52, wanita tersebut telah menggunakan akaun palsu di laman Facebook semata-mata untuk meninggalkan komen negatif serta kata-kata kesat terhadap dirinya.

“Saya nak jumpa sangat-sangat ustazah ni yang senang-senang nak membinatangkan orang lain,” tulis Aishah selepas dia memuat naik sekeping gambar screenshot status wanita tersebut.

Wanita tersebut dengan selamba mengutuk bentuk fizikal dirinya serta menganggap penyanyi berkenaan sebagai seorang yang tergedik-gedik.

Amboi makcik… Mulut boleh tahan ya nak mengutuk orang tapi pakai akaun palsu, sampai tak mampu nak tunjuk muka sendiri. Takut ke tu?

Bagaimanapun, bagi Aishah yang sudah kira-kira 37 tahun berkecimpung dalam dunia seni, dia langsung tidak terkesan dengan kutukan murahan seperti itu.


“Bertenang kawan-kawan, peminat dan keluarga. Saya OK sahaja dan tidak jadi kudis pun dengan keyboard warrior ni.

“Cuma nak ingatkan diorang mungkin mereka ni boleh tulis selindung muka, tapi Allah nampak dan tahu siapa. Ada yang dibayar untuk buat kerja macam ni,” tulisnya lagi.

Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah apabila wanita tersebut mengaitkan pembabitan Aishah ke dalam industri seni dengan isu politik.

Macam tak kena je? Apa kena mengena menyanyi dan politik?

Nasib baik peminat masih lagi sokong Aishah dan mereka turut menasihati penyanyi itu agar tidak hirau komen negatif seperti itu yang hanya ingin menjatuhkan semangatnya bagi menghadapi pusingan akhir GV4 pada Ahad ini.

Semoga Aishah akan terus berusaha dengan lebih gigih serta tidak terkesan dengan mana-mana komen negatif yang sengaja mahu melemahkan semangatnya sahaja. – MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori