Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Che Ta Bergambar Di...

PELAKON Rozita Che Wan atau Che Ta sering kali melancong ke luar negara...

Katibah Nusantara: Punca Daesh...

PADA Januari 2015, Ketua Polis Jakarta ketika itu, Jeneral Tito Karnavian mendedahkan, pejuang...

Caitlyn Jenner Terasa Diri...

BEKAS atlet Olimpik, Caitlyn Jenner yang kini menjalani kehidupan sebagai wanita selepas melakukan...

Gilaaa – Kucing Bunting...

INI mungkin kes pencabulan yang paling 'gila' pernah dilaporkan apabila seekor kucing betina...

Kamal Tak Mahu Lagi Kena Tempias Kontroversi Murahan

SELEPAS namanya dikaitkan menjadi punca pergaduhan antara pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin, Kamal Adli tidak mahu lagi dikaitkan dengan mana-mana kontroversi negatif bagi membuka lembaran baru pada tahun 2018 ini.

Baca: “Dah Settle, Tapi Zahirah Pula Kecoh” – Kamal Adli

Juga: Hubungan Cinta Emma, Kamal Akhirnya Berkubur

Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 31, dikatakan telah berazam untuk mengelak daripada cerita yang tidak enak dan impiannya tahun baru ini untuk mendapatkan trofi sebagai kejayaannya yang bergelar anak seni.

“Saya rasa, cukup-cukuplah dengan kisah kontroversi. Biarlah saya lebih maju dalam perkara lain, termasuk perkara berkaitan seni dan perniagaan. Dari segi peribadi pun, saya hendak ke depan,” katanya dipetik daripada BH Online.

Jejaka yang mula mengukir nama sebagai juara Hero Remaja 2007/2008 itu juga mahu memajukan perniagannya yang baru sahaja diusahakannya itu serta berazam untuk menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan.

Alamak… Patahlah hati ramai gadis-gadis di luar sana bila dapat tahu Kamal nak kahwin!

“Selepas memenangi kategori Pelakon Lelaki Prolifik pada Anugerah Telenovela 2017, baru-baru ini, memang saya mengidamkan pula trofi pelakon terbaik.

“Sementara itu, dalam bab perkahwinan, memang sejak enam tahun lalu saya sudah bercakap mengenainya. Cuma, nampaknya jodoh yang belum sampai,” tambahnya yang kini masih lagi berkawan baik dengan pelakon putih melepak, Emma Maembong.

Lagi: Kamal Adli Sedia Berkahwin Dengan Emma Maembong

Nampaknya Kamal pun kena cepat-cepat dirikan rumah tangga. Takut kalau bercinta lama sangat, nanti lain pula jadinya. Kita pun taknak lah ada sesiapa yang patah hati buat kali kedua nanti.

Dalam pada itu, pelakon dan pengacara itu juga turut tidak mahu ketinggalan dalam mengusahakan produknya sendiri seperti rakan-rakan selebriti yang lain.


“Saya juga ada menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi, bagi membuka kilang sendiri untuk produk keluaran usahawan kita, sejak pertengahan tahun ini. Kami menamakan syarikat bersama itu sebagai AK Herbs.

“Selain itu, saya juga akan berhabis-habisan mempromosikan produk jus kurus dipanggil Qurus, minyak wangi dan sabun pembersih daki,” ujarnya yang turut membintangi drama Sha dan Shah bersama dengan Syatila Melvin tak lama dahulu.

Sebelum ini, Kamal telah berjaya bergelar juara bagi program Super Spontan 2017.

Ketika malam final program berkenaan, Kamal juga dikatakan berada dalam keadaan yang tertekan disebabkan hubungannya bersama dengan Emma yang telah goyah ketika itu.

Namun, disebabkan minat dan semangatnya, pelakon yang berasal dari Bentong, Pahang itu tetap berjaya mengalahkan pesaing yang lain iaitu Fad Bocey, Achey Bocey, Ozlyn, Syuk dan ramai lagi pelawak tempatan.

Mudah-mudahan semua perancangan Kamal dalam mencapai impiannya pada tahun 2018 ini akan tercapai sepenuhnya dan yang paling penting jangan tunggu lama-lama… Kahwin je terus! –MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori