Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

GAMBAR: Penuntut BENGANG Kolej...

SEBUAH kolej di China mencetuskan kemarahan para penuntutnya apabila mendirikan tandas 'transparent' di...

12 Anggota Geng 36...

IPOH - Polis menahan 12 daripada 20 anggota kongsi gelap 'Geng 36' selepas...

Mahathir Perlu Singkirkan DAP,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri perlu mengambil langkah drastik dengan menyingkirkan DAP dan...

Gajah Tikam Mati Pelangan...

SEEKOR gajah telah menyebabkan kematian seorang lelaki dari Thailand apabila menikam mangsa dengan...

Kampung Di Jerman Dilelong Pada 140,000 Euro

BERLIN – Satu-satunya pembida pada majlis lelongan luar biasa semalam membelanjakan 140,000 euro (RM672,226) untuk menjadi pemilik baru kampung Alwine di Jerman yang mempunyai 20 penduduk.

Rumah kosong dan penduduk tua mencerminkan nasib kawasan itu di bekas wilayah komunis di timur Jerman sejak penyatuan semula negara itu 27 tahun lalu.

Pembeli itu yang tidak mahu dikenali dan membida menerusi telefon, mengejutkan komuniti di kampung yang diletakkan pada harga permulaan 125,000 euro (RM600,202) oleh agensi lelongan, Karhausen.

Pada 2000, ia dijual kepada pelabur persendirian pada pertimbangan simbolik, ‘satu Deutschmark’ iaitu mata wang Jerman sebelum euro diperkenalkan.

Dua beradik pembeli asal 12 bangunan di kampung itu, termasuk garaj, tidak lagi mampu menguruskannya.


Cuma kira-kira 20 pesara masih tinggal di rangkaian rumah di pedalaman negeri Brandenburg itu, iaitu 120 kilometer ke selatan Berlin. – AFP/BH ONLINE

Kategori