Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit...

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada...

Faezah Elai Risau Langgar...

PELAKON Faezah Elai punyai pandangan tersendiri mengenai cabaran yang sedang tular menerusi media...

MH370: Bapa Berasakan Sofuan...

BAPA kepada salah penumpang pesawat malang MH370, Ibrahim Abdul Razak, 77, mengatakan dia...

54 Pelajar Diberi Tajaan...

PUTRAJAYA - Kabinet bersetuju memberi tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 54...

Kanak-Kanak Bijak Di UK Kini Terbiar

SHANE Thomas pernah dianggap sebagai kanak-kanak pintar dan menjadi terkenal pada usia 10 tahun apabila dia berjaya memukai ramai dengan kemahirannya bermain piano tanpa bantuan tenaga pengajar.

Namun kini pada usia 18 tahun, Shane yang dianggap sebagai kanak-kanak pintar di Britain, hidup dalam kemiskinan bersama dengan bapanya Clayton dan adik-adiknya, Chanel serta Ashley di dalam sebuah rumah kecil.

Remaja berbakat itu, yang boleh bermain piano pada usia tiga tahun juga telah ditinggalkan oleh ibunya, Pearl D’Spuza, selepas wanita itu bercerai dengan bapanya.

Pearl kemudiannya berkahwin lain dan mempunyai keluarga baru namun dia telah dipenjarakan selama 16 tahun kerana didakwa cuba membunuh suami barunya.

Semuanya kerana Pearl ingin membalas dendam disebabkan suami barunya itu mahu meninggalkannya. Dia membakar rumah itu dengan niat mahu membunuh diri bersama suaminya.

Ternyata apa yang berlaku kepada Pearl telah memberikan kesan besar kepada Shane yang turut marah kerana ditinggalkan ibunya.


Shane telah melepaskan kemarahan itu kepada bapanya hinggakan mereka bergaduh.

“Sejak kecil dan ketika membesar, Shane telah berdepan dengan cabaran yang ekstrem termasuk ditinggalkan ibunya hingga dia tidak boleh menangani lagi ujian itu.

“Dia mempunyai masalah dengan saya, tetapi dia sendiri pun tidak tahu apa masalah itu,’’ kata bapa Shane.

Apabila keadaan bertambah teruk antara Shane dan bapanya, mereka tidak lagi bercakap dan hanya berkomunikasi menerusi emel. – Mynewshub.cc

Kategori