Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Al-Sultan Abdullah ‘Belanja’ Petugas...

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menunjukkan keprihatinan...

‘Kembar’ Tumpang Tubuh Bayi...

SEBUAH keluarga di India meraikan kejayaan pembedahan pemisahan anak lelaki mereka yang baharu...

Ling Belum Jawab Tuntutan...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik masih belum...

Operasi SAR Mangsa Bot...

KOTA KINABALU - Usaha mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi bot...

Kastam Gantung Lesen 20 Ejen Penghantaran

SIBU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mengumumkan penggantungan lesen 20 ejen penghantaran di seluruh negara bulan depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Subromaniam Tholasy, berkata pengantungan itu dilaksanakan berdasarkan Sistem Mata Demerit Kastam yang diperkenalkan pada April tahun ini untuk mencegah penyeludupan menerusi pelabuhan.

Beliau berkata ejen-ejen yang terlibat dalam penyeludupan atau didapati sering melakukan kesaslahan dan telah mengumpul 40 mata penalti berisiko lesen mereka digantung atau malah dibatalkan.

Kini terdapat hampir 3,000 ejen di seluruh negara dan permohonan bagi lesen baharu dibeku sejak 2006, katanya.

Subromaniam yang berkata demikian dalam sidang media di sini hari ini turut mendedahkan kejayaan pegawainya mematahkan cubaan menyeludup masuk minuman beralkohol termasuk bir, rokok pelbagai jenama dan mercun dianggarkan RM21.07 juta dari segi nilai dan cukai tidak dibayar.

“Barangan itu dalam lapan kontena dirampas di dermaga Pihak Berkuasa Pelabuhan Rajang (RPA) di sini pada Oktober. Ia telah diisytiharkan sebagai perabot dan barangan lain,” katanya.

Dalam kes serupa, katanya, pegawainya merampas tiga lagi kontena di Pelabuhan Tanjung Manis di Sarikei dalam tiga bulan terakhir tahun ini.

“Barang yang dirampas ialah bir yang diisytiharkan sebagai alat ganti mesin, manakala rokok dan mercun diisytiharkan sebagai perabot dan bahagian perabot,” katanya dan menurutnya nilai dan cukai kesemua barang itu dianggarkan RM6.772 juta.

Subromaniam berkata siasatan sedang dijalankan terhadap ejen perkapalan dan ejen penghantaran yang terlibat.

“Sekali lagi saya ingin mengingatkan ejen perkapalan atau ejen penghantaran untuk mengambil tahu latar belakang pengimport dan perniagaan yang berurusan dengan mereka.


“Di bawah Sistem Mata Demerit, mereka tidak boleh mendakwa tidak tahu. Banyak kali juga, apabila pegawai kami menyiasat kes seumpama itu, alamat perniagaan yang diberikan adalah palsu,” katanya.

“Pendekatan baharu perlu diambil untuk melindungi keselamatan negara dan memerangi penyeludupan dan cubaan mengelak cukai. Bayangkan sekiranya bahan letupan dibawa masuk dan diisytiharkan sebagai barang lain,” katanya.

Sementara itu berhubung kes kepak ayam diseludup ke sini pada Februari tahun ini, katanya pegawai kastam terlibat didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard dan telah dikenakan tindakan.

Beliau berkata tiga ajen pengantaran telah dikenal pasti dan siasatan masih berjalan untuk menahan pengimport sebenar.

Dalam kes itu, 8.1 tan kepak ayam dirampas daripada lima kontena di dermaga RPA.

Kepak ayam berkenaan telah ditanam di Teluk Engkalat dekat sini dan penduduk berdekatan telah menggalinya untuk dimakan dan perkara itu telah dilaporkan secara meluas dan dikritik dalam media. – BERNAMA

Kategori