Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hai ‘Pelajar Manja’ Sekalian,...

PERKARA panas yang akhir-akhir ini mendapat perhatian pengguna media sosial sudah tentunya kes...

Penjara Seumur Hidup Kerana...

SACRAMENTO - Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh...

Mayat Kanak-Kanak Lemas Di...

KUANTAN - Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Belat...

Kerajaan Jamin Tidak Beri...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan tidak memberikan status kewarganegaraan kepada rakyat asing...

Kastam Tumpaskan Cubaan Seludup Mercun RM800K

BUKIT KAYU HITAM – Jabatan Kastam Negeri Kedah berjaya mematahkan cubaan menyeludup mercun dan bunga api tanpa permit seberat 20,755 kilogram bernilai RM840,999 termasuk cukai ke negara ini di laluan kenderaan berat di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Selasa lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Zulkifli Yahya berkata rampasan itu dibuat Pasukan Kolaborasi Pengurusan Sempadan (CBM) jabatan itu selepas menahan sebuah lori kontena dipandu lelaki berumur 48 tahun dalam keadaan mencurigakan yang melalui laluan berkenaan.

“Mercun dan bunga api yang diseludup dari negara jiran itu dibawa masuk menggunakan sebuah lori kontena. Selepas lori itu memasuki Kompleks ICQS, pergerakannya dipantau melalui CCTV (kamera litar tertutup) dan pihak CBM mendapati gelagat pemandunya agak mencurigakan.
“Setelah menjalankan pemeriksaan rapi, pihak Kastam menemui kotak-kotak berisi mercun dan bunga api yang berada di lapisan kedua hingga ke ruang belakang dalam kontena itu.

“Lapisan pertama kontena pula diletakkan kotak-kotak berisi air minuman yang bercetak dengan tulisan negara Thailand yang bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.


Zulkifli berkata sehubungan itu, pemandu lori itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai barangan dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barangan atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata pihaknya percaya mercun dan bunga api itu dibawa masuk untuk pasaran tempatan bersempena musim perayaan khususnya sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru Cina. – BERNAMA

Kategori