Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Tahu Yang Terbaik...

KUALA LUMPUR - Kerajaan, termasuk perkhidmatan awam dan wakil rakyat, hanya akan tahu...

Mangsa Bah Kelantan Berkurangan...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 32 orang...

BN Ada Peluang Besar...

YAKIN... Barisan Nasional (BN) ada peluang baik untuk terus pertahankan kerusi Parlimen Cameron...

PMUM Desak Pentadbiran UM...

KUALA LUMPUR - Tindakan biadab seorang graduan, Wong Yan Ke mengangkat plakad tertulis...

KDN Akan Anjur PISD 2018 Bincang Isu Keselamatan

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menganjurkan Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya 2018 (PISD) 2018) yang akan membincangkan isu-isu keselamatan antarabangsa.

PISD 2018 yang bertajuk ‘Kebijaksanaan dan Kesederhanaan Dalam Membanteras Keganasan’ diadakan dengan kerjasama Rabitah Al-Alami Al-Islami (Liga Muslim Dunia), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpusat di Arab Saudi.

Menurut kenyataan KDN hari ini, menteri dan timbalan menteri dari 20 negara termasuk Arab Saudi, Australia, Britain, Perancis dan Indonesia dijangka membentangkan pernyataan negara masing-masing pada dialog dua hari itu yang bermula 5 Jan di sebuah hotel di sini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dijadual menyampaikan ucap tama pada hari kedua dialog itu.

Empat sidang pleno diadakan meliputi perbincangan seperti Islam sebagai Wadah Kesederhanaan dan Keselamatan; Bersama Menentang Keganasan; Peranan Agama dalam Menyemai Nilai-Nilai dan Kesederhanaan; serta Membanteras Keganasan Secara Kebijaksanaan dan Kemanusiaan.

Kira-kira 1,000 pegawai kanan kedutaan dan pesuruhjaya tinggi asing di Kuala Lumpur, wakil pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik, pegawai kanan kerajaan dan penuntut institusi-institusi pengajian tinggi.


Menurut kenyataan KDN, dialog antarabangsa itu bertujuan mengetengahkan dan mempromosi Malaysia sebagai sebuah negara moden dan progresif yang berada di barisan hadapan dalam membanteras keganasan dan ideologi ekstremisme.

Semua resolusi dan hasil perbincangan PISD dijangka menjadi teras kepada kerjasama di peringkat berikutnya dalam menangani dan membanteras keganasan secara sederhana dan tanpa kekerasan.

PISD diharap menjadi penanda aras kepada persidangan antarabangsa mengenai keganasan pada masa depan, selain Malaysia terkedepan dalam pembangunan idea-idea mengenai kesederhanaan. – BERNAMA

Kategori