Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Stesen Minyak ‘Kantoi’...

Video memaparkan meter minyak masih berjalan sedangkan nozel tidak dimasukkan ke dalam tangki...

Stok Minyak Masak Peket...

MIRI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini menafikan...

Wan Azizah Menghadap Pemangku...

KUANTAN – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail petang ini menghadap Pemangku...

Hina Tentera Sama Seperti...

KUALA LUMPUR – Kenyataan Koon Yew Yin bukan sahaja mengguris perasaan anggota tentera,...

Kebakaran Besar Di Ventura Musnahkan 1,000 Bangunan

LOS ANGELES – Hampir 1,000 bangunan disahkan terbakar di Ventura, dekat sini dalam kebakaran besar yang sehingga kini memusnahkan kawasan lebih besar dari New York City.

Kebakaran yang diberi nama Thomas itu bermula seminggu lalu dan memusnahkan kawasan seluas 230,500 hektar, di sini dan Santa Barbara, kira-kira 160 kilometer di pinggir barat laut California, Amerika Syarikat (AS).

Jabatan Bomba berhadapan dengan cuaca buruk terpaksa berhempas pulas mengawal kebakaran daripada merebak ke daerah Santa Barbara, turut mengancam keselamatan komuniti di Montecito dan Summerland.

Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire) dalam satu kenyataan, berkata angin kencang Santa Ana dan lereng gunung yang curam mengakibatkan usaha mengawal kebakaran semakin sukar.

Menurut pegawai, sehingga kini Thomas memusnahkan 644 kediaman, 138 bangunan tambahan dan 187 bangunan lain.


Datuk Bandar Carpinteria, Fred Shaw ketika dihubungi berkata, kebakaran berkenaan sebelum itu melintasi garisan pergunungan di Carpinteria, memusnahkan enam kediaman di sebuah kawasan pertanian luar bandar.

“Setiap kali angin bertiup kencang, api akan semakin marak dan jika angin datang dari arah berlainan, ia (kebakaran) akan berlaku lagi,” katanya. – Reuters/BH ONLINE

Kategori