Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Hina Keputusan Mahkamah...

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memberi amaran akan...

Pengurangan Kadar Tol PLUS...

PUTRAJAYA - Pengurangan kadar tol Lebuhraya Plus Malaysia Bhd. (PLUS) sebanyak 18 peratus...

Tuntutan Balas 5 Bekas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan tuntutan balas yang difailkan lima...

Angkat Sumpah Ketua Menteri...

KOTA KINABALU - Angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu dijadual bermula pukul...

Kebakaran Hutan Di AS, Penduduk Diarah Berpindah

LOS ANGELES – Kira-kira 613 buah rumah di Ventura County di California, Amerika Syarikat, diarah dikosongkan berikutan kebakaran hutan pada Isnin malam, yang turut mengancam beberapa buah bandar termasuk Santa Paula, lapor agensi berita Xinhua.

Kebakaran yang digelar ‘Thomas Fire’ itu, berlaku kira-kira pukul 7 malam (0300GMT Selasa) di kawasan Kolej Thomas Aquinas dan Stekel Park, kedua-duanya di bandar Santa Paula.

Ia kemudian merebak ke sepanjang kedua-dua bahagian Lebuhraya 150, yang kemudian terpaksa ditutup oleh pihak berkuasa.

Api marak dengan cepat, memusnahkan hampir 5,000 ekar (kira-kira 20 kilometer persegi) tanah, menurut pejabat syerif Ventura.

Menerusi twitter rasmi NBC News, dilaporkan kira-kira 2,000 penduduk berada di bawah arahan pemindahan.


Menurut akhbar tempatan San Luis Obispo Tribune, bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak, Jabatan Bomba Ventura County, meminta bantuan agensi pemadam kebakaran berdekatan dan pasukan tindakan kecemasan yang lain.

Usaha memadam kebakaran menggunakan helikopter tidak dapat diteruskan kerana keadaan angin kencang. Setakat ini tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. – BERNAMA

Kategori