Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

JPN, PPD Tidak Boleh...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tidak boleh...

Awal, Scha Al-Yahya Mohon...

SIAPA yang tak kenal si comel bernama Lara Alana? Anak kepada pasangan selebriti terkenal Awal...

Kepala Diserkup Sarung Bantal,...

BUKIT MERTAJAM - Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Flat Taman Pauh...

Jobstreet Anjur Program Didik...

Ramai sedia maklum, dalam menghadapi proses temuduga, calon mestilah memiliki kemampanan dari pelbagai...

Kebocoran Data Peribadi 46.2 Juta Pengguna Telefon

KUALA LUMPUR – Kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih yang dilaporkan pada 18 Okt lepas adalah melibatkan kebocoran data pada 2014 dan bukannya data terkini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

Beliau berkata siasatan telah dijalankan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi mengikut Seksyen 4, Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563) dan Seksyen 130, Akta Pelindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

” Masih terlalu awal untuk disimpulkan dalang di sebalik insiden yang berlaku. Pihak polis telah memanggil saksi-saksi yang dikenal pasti untuk diambil keterangan.

“Antara saksi yang dipanggil untuk diambil keterangan ialah pengendali laman web lowyat.net, jobstreet.my, syarikat-syarikat telekomunikasi (telco), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan mana-mana individu yang dipercayai dapat membantu siasatan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab solan Senator S. Chandra Mohan yang ingin tahu hasil siasatan insiden kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan telefon mudah alih baru-baru ini.


Jailani berkata SKMM juga telah menghubungi setiap syarikat telco mengenai kejadian itu dan telah mengarahkan supaya memeriksa setiap transaksi sistem bagi memastikan tiada penggodaman atau kebocoran maklumat berlaku. – BERNAMA

Kategori