Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pusat Tahfiz Berdaftar Lebih...

KUANTAN - Ibu bapa disaran untuk memilih pusat tahfiz yang berdaftar kerana ciri...

Annuar Dedah Surat Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kecewa dengan keputusan kerajaan Kelantan...

Tiada Keperluan Bubar DUN...

BATU KAWAN - Tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang,...

Joe Anggap Sindiran Dalam...

ELEMEN sindiran yang sering dilihat dalam sesebuah lagu bergenre hip hop dianggap perkara...

Keluarga Mangsa Pembunuhan Adakan Ritual

JOHOR BAHRU – Stesen minyak tempat kejadian pembunuhan seorang lelaki berkaitan perselisihan kumpulan kongsi gelap di sini pada Ahad, mencuri tumpuan orang ramai sekali lagi hari ini.

Ini berikutan keluarga mangsa mengadakan upacara ritual menyeru roh mangsa, diketuai dua sami dan dihadiri dua orang wanita dipercayai isteri mangsa dan rakannya kira-kira pukul 4.30 petang.

Beberapa anggota polis turut berada di lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua, upacara sedemikian penting kerana roh seseorang yang mati secara tragik misalnya membunuh diri dan dibunuh akan berkeliaran di kawasan lain selepas insiden dan perlu dipanggil balik ke tempat asal (rumah) bagi memastikan rohnya tenang.

Dalam kejadian Ahad lepas, mangsa berusia lingkungan 30-an mati selepas ditikam, dilanggar dan digilis dengan sebuah kereta oleh sekumpulan empat lelaki.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di stesen berkenaan, sebelum didatangi suspek yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka.

Mangsa dilaporkan berjaya seketika meloloskan diri namun dilanggar dan digilis dengan kereta sebelum keempat-empat lelaki tersebut melarikan diri.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan hari ini bahawa kejadian pembunuhan itu berpunca daripada perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata pihaknya telah mengenal pasti keempat-empat suspek dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menahan mereka.

Sementara itu, di Nirvana Memorial Centre, Jalan Gelang Patah-Skudai, beberapa anggota keluarga mangsa dilihat sibuk membuat persiapan untuk upacara penghormatan terakhir mangsa. – BERNAMA

Kategori