Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Polis Selamatkan 402 Kanak-kanak,...

KUANTAN: Polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun...

Tumbuk Kepala Polis, Penganggur...

KUALA LUMPUR - Akibat menumbuk kepala seorang anggota polis, seorang penganggur dijatuhi hukuman...

Kedah Bergelut Menang Tipis...

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kedah dipaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan tipis...

Wanita Bertudung Jual Nasi...

GAMBAR viral yang memaparkan seorang wanita bertudung tetapi berniaga nasi berlaukkan daging khinzir,...

Keluarga Pemuda Ditahan Di Pakistan Memencilkan Diri

KUCHING – Kediaman keluarga pemuda yang dilaporkan ditahan di Karachi, Pakistan kerana disyaki cuba menyeludup senjata api hujung minggu lepas, sunyi seolah-olah tiada penghuni, di Samariang, Petra Jaya.

Bapa pemuda berusia 20 tahun itu, juga tidak kelihatan dan jiran-jiran mengatakan, lelaki itu pulang lewat malam sejak berita anaknya ditahan, dilaporkan media.

Sabtu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan penahanan pemuda itu di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi, Pakistan.

Jiran-jiran yang ditemui seakan tidak percaya pemuda itu ditahan kerana dia dikenali sejak kecil sangat baik dan bersopan-santun.

Seorang jiran berkata kali terakhir beliau melihat pemuda itu ialah pada 10 Dis lepas.


“Saya berjumpa dengan pemuda itu bersama ayah dan seorang adik lelakinya ketika menghadiri kenduri kahwin di sini pada 10 Dis.

“Saya kenal dia sejak kecil, dia seorang pendiam dan sedikit pemalu. Apabila mendengar berita yang tular itu saya tidak percaya dia lakukan perkara tersebut,” katanya.

Menurutnya, pemuda itu mempunyai tiga beradik dan menuntut di sebuah kolej swasta di Kuching. Dia tinggal bersama bapa dan seorang adiknya selepas ibu bapanya bercerai, tetapi jarak tempat tinggal mereka tidak jauh. – BERNAMA

Kategori