Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Ngeri..Budak Lelaki Dilanggar...

SENTIASA awasilah anak-anak kecil ketika mereka sedang bermain dan kalau boleh elakkan mereka...

Video Pra Perkahwinan Yang...

Tidak dinafikan juruvideo perkahwinan pada masa kini semakin kreatif dan bijak dalam merencanakan...

Covid-19: 1,518 Kes Baru,...

Sebanyak 1,518 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,518,965.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

Anggota Polis Mengaku Tak...

IPOH - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Keluhan Siswa Filem Tentang Sikap Fakulti Jadi Tular

BARU-BARU ini tular di laman sosial mengenai luahan rasa seorang pelajar yang tidak puas hati kerana berperasaan seperti dipergunakan oleh pihak fakultinya sendiri.

Pelajar sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu mendakwa dia dan pelajar lain dipaksa untuk menonton sebuah filem tempatan dengan membeli tiket berharga RM15.

Katanya, filem yang ‘dipaksa’ untuk ditonton itu adalah filem Badang yang dilakonkan oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Menurut pelajar yang dikenali sebagai Aye itu, pelajar-pelajar sekuliahnya diwajibkan untuk menonton filem itu kerana berkaitan dengan kedatangan kelas dan markah untuk subjek berkenaan.

“Apa perasaan korang kalau kolej atau universiti korang buat event, tapi sebagai pelajar kena keluar duit? Alasan kena bayar sebab kedatangan dan markah,” tulisnya.

Aye merasakan tindakan tersebut tidak adil kerana kehadiran penuhnya ke kelas akan terjejas jika dia enggan datang dan menonton filem berkenaan.

Pelajar itu turut meluahkan rasa kesalnya apabila pihak fakulti menegaskan kehadiran ke program berkenaan sebagai langkah untuk menyokong pihak fakulti.

Namun, menurutnya pihak fakulti tidak pula menyokong dan membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah.

“Tolonglah faham aku ini pelajar, nak makan pun berkira-kira duit. Ni dah nak kena bayar itu ini alasan sokong fakulti!

“Fakuli ada sokong aku sebagai pelajar sewaktu kami susah, nak makan pun tiada duit? Ada? Jangan harap,” katanya.

Tambah Aye, mereka perlu membuat perkara yang tidak sepatutnya itu atas dasar untuk memenuhi kewajipan subjek.


“Kami dipaksa menjual tiket dengan alasan untuk menambah markah ujian.

“Kami dipaksa hadir ke ujibakat koir atas dasar kelas ganti yang langsung tiada kaitan,” tulisnya lagi.

Jelas Aye, mereka bukan tidak mahu menyokong pihak fakulti, tetapi mengharapkan pihak fakulti menjalankan tugas yang sepatutnya seperti menyediakan keperluan asas untuk kursus mereka.

“Saya sebagai pelajar sedih dan kesal. Tiada dana untuk kami, semuanya hasil sendiri dan setiap benda kami keluarkan duit walhal barang-barang keperluan yang sememangnya harus disediakan tidak ada untuk kami.

“Bagaimana kami pelapis baru anak seni ingin bangun dan meningkat?” soalnya.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang membalas tweet tersebut dan menyatakan kesasihan cerita berkenaan.

Rata-rata mereka bersetuju dengan apa yang diperkatakan Aye dan perkara yang sama berlaku beberapa tahun lalu untuk filem Chowrasta.

Mungkin pihak universiti dan wakil pelajar perlu duduk berbincang dan menyelesaikan masalah yang berlanjutan sejak beberapa tahun lalu.

Ataupun, pihak fakulti perlu lebih bersifat selektif dalam memilih filem yang berpotensi untuk menjadi wadah minda buat pelajar-pelajar jurusan filem.- MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Kategori