Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tiga Mayat Ditemui, Ramai...

GEORGE TOWN – Tiga maut, seorang cedera manakala sekurang-kurangnya sembilan lagi dipercayai masih...

Pegawai Polis Tarik Balik...

SHAH ALAM - Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Sabah, ACP Carleel Mohd...

Tanah Runtuh: 5 Lagi...

HULU SELANGOR : Lima lagi mangsa kejadian tanah runtuh yang meninggal dunia, ditemui...

Buat Aduan Jika Peniaga...

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang menggesa orang...

Kemenangan Berpihak Pada Cikgu Azizan

KUALA LUMPUR – Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Taman Semarak di Nilai, Negeri Sembilan, Azizan Manap, dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi.

Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang dikenali sebagai ‘Cikgu Azizan’ itu sepatutnya memulakan perbicaraan sebelum Majistret Mohd Zaki Abd Rahman mengumumkan keputusan tersebut.

Menurut laporan BH Online, Mohd Zaki memutuskan demikian selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes tersebut ditarik balik.

Baca: Tampar Murid Jahat: NUTP Seru Sokong Cikgu Azizan

Di samping itu, duit jaminan sebanyak RM500 turut dikembalikan kepada Azizan.

Pada 31 Oktober lalu, Azizan telah didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan oleh mahkamah yang sama atas pertuduhan mencederakan anak muridnya dengan sengaja.


Menurut dakwaan, Azizan telah menampar seorang murid Tahun Lima yang dikatakan melakukan kesalahan disiplin berat berulang termasuk menghidu gam, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.

Jika sabit kesalahan, Azizan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Kes tersebut telah mendapat perhatian meluas masyarakat di negara ini termasuklah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang turut menghantar wakilya untuk hadir di Kompleks Mahkamah Seremban memberi sokongan moral kepadanya sejak jam 8 pagi tadi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori