Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Biadap Dengan Media Asing,...

PELAKON Jennifer Lawrence dikecam akibat tindakan biadapnya menegur seorang wartawan yang bertanyakan soalan...

Aidilfitri: JBPM Beku 80...

Kuala Lumpur : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan 80 peratus cuti...

Polis Kesan, Pantau Pergerakan...

IPOH - Polis mempunyai maklumat mengenai lokasi bekas pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia, Zainuri...

Mohamad Sabu Nafi Taja...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, dan Kementerian Pertahanan, tidak pernah menaja...

Kerana Anak, Diana Danielle ‘Gaduh’ Dengan Netizen?

MENJADI adat, sebagai seorang anak seni yang dikenali, setiap gerak geri akan diperkatakan netizen.

Baru-baru ini, pelakon dan isteri kepada aktor Datuk Farid Kamil iaitu Datin Diana Danielle seakan-akan ‘hilang sabar’ dengan komen yang dilemparkan kepadanya.

Diana telah memuat naik dua foto yang menunjukkan mereka sekeluarga berada dalam kereta dan anak bongsunya, Aurora, 2, dilihat tidak diletakkan di dalam kerusi bayi.

Foto tersebut telah mengundang kecaman daripada beberapa orang netizen yang mempertikaikan tindakan Diana yang dianggap bahaya itu.

“Anak-anak yang comel! Tapi jangan letak mereka di bahagian tempat duduk hadapan kerana anak kecil perlu diletakkan dalam kerusi bayi! Kalau kemalangan? Tiada lagi anak comel!” tulis netizen dengan nama pengguna @tarikblau.

Berang dengan apa yang diperkatakan, Diana dilihat membalas komen berkenaan.

“Kereta kami tidak bergerak pun bodoh,” balas Diana.

Sementara itu, @tarikblau bertegas dengan menyatakan pelakon itu masih tidak menggunakan kerusi bayi dan mengandaikan Diana turut memandu dalam keadaan begitu. Netizen ini turut menggelarkan Diana sebagai ‘bitch‘.

Pelakon filem Kami Histeria ini dengan tegas menjelaskan kerusi bayi untuk anaknya, Aurora diletakkan di belakang kerusi penumpang hadapan yang tidak dilihat dalam gambar berkenaan.

Diana menjelaskan, kenyataan itu dikeluarkan kerana komen netizen tersebut seakan mendoakan perkara yang tidak baik buat anak-anaknya.

“Saya perlu meletakkan garis sempadan kepada komen-komen agresif berkenaan apabila melibatkan anak saya. Sebagai ibu, sudah tentu saya nak yang terbaik buat anak-anak saya.


“Untuk orang yang tak dikenali bercakap anak anda akan mati jika tidak berbuat demikian, sudah pasti anda juga akan marah,” katanya membaslas komen seorang netizen.

Namun, ada juga netizen yang menasihatkan Diana supaya menjaga bahasa dan tidak menghiraukan netizen yang ‘membenci’nya itu.

Dalam pada itu, Diana dilihat turut memuat naik satu entri baru khas buat netizen di laman Instagramnya.

“Ada orang yang ‘membenci kamu’ tapi mereka mereka mengikuti setiap langkah kamu. Mereka mengkritik kamu, tapi mereka mengikuti kamu.

“Mereka tidak suka apa yang kamu lakukan, tapi mereka mengikuti kamu. Semua yang kamu lakukan ‘mengganggu’ mereka, tapi mereka mengikuti kamu.”

Entri tersebut ditujukan kepada netizen yang seakan sering serkap jarang, bercakap dan terus menghukum golongan seperti Diana sebelum mengetahui perkara sebenar.

Memang tidak salah untuk menegur, tapi rasanya cara dan bahasa yang digunakan juga perlu dijaga. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori