Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Remaja OKU Ditemukan Mati...

JOHOR BAHARU - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan mati lemas ketika...

Raub Dilanda Banjir, Mangsa...

KUANTAN - Raub menjadi daerah terbaru dilanda banjir menyebabkan jumlah mangsa banjir yang...

Kes Resit Tempah Piza...

BAYAN LEPAS : Empat individu sudah ditahan bagi membantu siasatan kes resit pesanan...

Isu Ramasamy Diserahkan Kepada...

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan campur tangan dalam isu...

Kerana Cemburu, Suami Tetak Isteri Hingga Mati

PERASAAN cemburu dan syak wasangka menjadi punca seorang lelaki tergamak menjadi pembunuh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah Musi Rawas, Indonesia, semalam.

Lapor Tribunnews, kejadian ngeri itu berlaku apabila suspek yang dikenali sebagai Reka Suanta, 33, terbabit dalam pertengkaran dengan isterinya yang didakwa berlaku curang dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Musi Rawas, Asisten Komisioner Bayo Dewantoro berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Zubaidah, 29, maut selepas ditikam beberapa kali sebelum ditetak dengan menggunakan parang sebanyak tiga kali di bahagian kepala.

“Suspek menggunakan parang berukuran kira-kira 15 sentimeter setelah kedua-dua mereka bertelingkah dan berlaku pergelutan.

“Ketika polis tiba, mayat mangsa terlentang di ruang tamu dan suspek yang dilihat menangis turut berada di lokasi telah ditahan serta merta.

“Polis turut merampas parang yang digunakan suspek,” katanya.

Menurut Bayo, kejadian difahamkan berpunca akibat tindakan suspek yang cuba menghalang isterinya daripada ingin keluar rumah, namun mangsa tetap berkeras dengan niatnya.


Tidak tahan dengan sikap isterinya yang menyemburkan kata-kata kesat, suspek kemudian bertindak mengunci pintu dan terus ke dapur bagi mengambil sebilah parang.

“Suspek terus menetak dan menghayunkan parangnya ke arah pinggul mangsa beberapa kali sebelum mengelar leher wanita itu.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pihak paramedik yang tiba di lokasi kejadian,” katanya lagi.

Hasil soal siasat juga mendedahkan, suspek mengaku mencurigai gerak geri isterinya dan mendakwa dia risau ditinggalkan oleh isterinya itu. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori