Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Aplikasi Gerak Malaysia Paling...

KUALA LUMPUR - Tiga aplikasi kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perkembangan...

Rasuah: Pengurus Besar GLC,...

PUTRAJAYA - Seorang pengurus besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang disyaki menyalahgunakan kuasa...

Dimaki Hamun Gara-Gara Gambar...

GARA-GARA memuat naik foto 'manja' bersama seekor tapir di laman Facebook, seorang gadis tidak menyangka...

Waran Tangkap Calon PAS...

TEGAS... Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu mengeluarkan waran tangkap terhadap calon PAS, Wan...

Kereta Kabel Ski Rosak, 200 Terperangkap

KIRA-kira 200 orang terkandas dalam lif ski selepas kereta kabel yang dinaiki rosak di resort Chamrousse di pergunugan Alps Perancis.

Pihak berkuasa berkata operasi menyelamat sedang dijalankan dan tiada kecederaan dilaporkan.

Dua helikopter serta anggota penyelamat telah dikerahkan untuk menangani keadaan.

Kerosakan dilaporkan berlaku kira-kira jam 3 petang, menurut akhbar Perancis Le Figaro.

Difahamkan sekitar 70 buah gondola tidak bergerak dalam kejadian itu.

Seorang pegawai memberitahu The Associated Press pada Ahad bahawa kebanyakan pemain ski telah dipindahkan selepas terperangkap selama satu atau dua jam di atas gondola di resort Chamrousse.


Punca kerosakan belum diketahui.

Lif ski beroperasi dari resort Chamrousse ke puncak Chamrousse Cross pada ketinggian 2,250 meter.

Operasi penyelamat menyaksikan helikopter menjatuhkan penyelamat di atas bumbung setiap gondola dan kemudian para pemain ski turun ke bawah dengan menggunakan tali, kata David Gendre, dari CRS Alpes Grenoble kepada AFP.

Gondola Chamrousse Cross telah dibuka pada tahun 2009 untuk menggantikan kereta kabel dan dua lif kerusi.- mStar

Kategori