Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Year Georgia hill city...

Just make certain that the composition WOn't seem purely informative. The optimal /...

GAMBAR: Bila Gay Bangga...

Di luar sana, tak dapat dinafikan terdapat ramai individu bernafsu songsang namun masih...

Anggota UMNO Perlu Bersatu...

KLANG - Anggota UMNO perlu memberi sokongan terhadap kepimpinan parti dengan menunjukkan perpaduan...

Lapan Negeri Catat Sifar...

SHAH ALAM - Sebanyak lapan buah negeri mencatatkan sifar kes positif baharu wabak...

Kereta Presiden Singapura Nyaris Disaman Polis Trafik?

SINGAPURA – Ini mungkin lucu namun pihak berkuasa mengesahkan tiada saman bagi konvoi kereta Presiden Halimah Yacob yang menunggu di garisan kuning berkembar di sini baru-baru ini.

Agensi berita tempatan MediaCorp malahan melaporkan, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) memaklumkan insiden itu mungkin tercetus akibat salah faham sesama anggota penguat kuasa.

Ia berikutan tular satu gambar yang tersebar menerusi media sosial menunjukkan seorang pegawai LTA sedang bercakap dengan salah seorang pemandu kereta yang tertera nombor plat rasmi Presiden Singapura iaitu “SEP1”.

Dalam respons terhadap pertanyaan MediaCorp, pihak LTA dan SPF menyatakan melalui satu kenyataan bersama semalam bahawa pegawai LTA itu kebetulan sedang menjalankan rondaan rutin di Prinsep Street pada Rabu lalu.

Dia kemudian ternampak dua buah kenderaan mewah yang sedang menunggu di jalan raya tersebut dengan garisan kuning berkembar sebelum pegawai terbabit mendekati kenderaan berkenaan untuk menegur si pemandunya.

Penguat kuasa itu meminta lelaki berkenaan untuk tidak meletakkan ‘keretanya’ di laluan tersebut kerana ia jelas mengganggu kelicinan aliran trafik, sejajar dengan tugas LTA untuk menguatkuasakan undang-undang jalan raya.

“Pemandu itu memberitahu pegawai LTA bahawa dia terpaksa berhenti di situ untuk mengambil presiden yang akan beredar dari lokasi tersebut. Mujur semasa pemandu dan penguat kuasa itu sedang bercakap, presiden tiba.

“Konvoi terbabit segera berlalu pergi dan tiada saman yang sempat dikeluarkan,” menurut LTA dan SPF sebagai mengulas kemarahan netizen apabila si pesalah trafik itu tidak dikenakan saman meskipun jelas langgar peraturan.

Kedua-dua agensi terbabit menjelaskan bahawa pihak Kawalan Keselamatan Polis (SecCom) hanya menyediakan perlindungan keselamatan bagi presiden dan mana-mana pemimpin kanan politik lain yang berisiko tinggi.


“Sebagai sebahagian daripada operasi perlindungan keselamatan, konvoi kenderaan itu berada dekat dengan lokasi acara dan mematuhi undang-undang trafik, bagi memudahkan pemindahan dibuat dengan cepat.

“Ia memang wajar sekiranya berlaku sesuatu insiden kecemasan di luar jangkaan,” menurut LTA dan SPF lagi. Dalam kes ini, Komander SecCom membuat keputusan supaya konvoi itu menunggu presiden di Prinsep Street.

Ini memandangkan secara kebetulan memang tiada tempat parkir kereta awam di kawasan yang berdekatan untuk membolehkan konvoi kenderaan segera tiba di lokasi jika berlaku kejadian kecemasan, tambah LTA dan SPF.

Mereka sudah meneliti semula insiden itu dan pegawai SecCom sudah diingatkan supaya menempatkan kereta konvoi “menurut undang-undang trafik, tanpa jejas misi untuk memastikan keselamatan individu yang diiringi”.

Halimah, 63, baru dilantik sebagai presiden yang kelapan sejak 14 September lalu dan merupakan bekas speaker Parlimen republik itu serta wanita pertama menjadi ketua negara Singapura. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori