Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lesen Motosikal Pelajar Sekolah...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Pendidikan menyambut baik cadangan Kementerian Pengangkutan yang mahu mewujudkan...

Manifesto BN Perak Garis...

IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak hari ini melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya...

Penasihat Kanan Antara Meninggal...

JAKARTA - Penasihat Kanan Kantor Berita Nasional Indonesia (Antara) Mohamad Saiful Hadi Idham,...

Serah SUK Ambil Tindakan...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri menyerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk mengambil...

Kes Bunuh Pemilik Kedai Cuci Kereta Disebut 16 Januari

PORT DICKSON – Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini menetapkan 16 Jan depan sebagai sebutan semula kes bunuh seorang pemilik kedai cuci kereta, September lepas.

Majistret Siti Khairiah Abdul Razak membuat ketetapan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, A. Ashwini supaya mahkamah menangguhkan kes kerana laporan forensik dan kimia masih belum lengkap.

Pada 22 Nov di mahkamah sama, tertuduh, S. Soosai, 29, didakwa membunuh B. Sugumaran, 32, di tanah perkuburan Hindu di Kampung Saga, Rantau.

Perbuatan terbabit didakwa dilakukan antara pukul 10.30 malam hingga 12 tengah malam, pada 13 Sept.

Tiada pengakuan direkodkan sebaik dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Tertuduh diwakili peguam Paul Krishnaraja. – BERNAMA

Kategori