Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sultan Nazrin Kurnia Surat...

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan...

Kotak Hitam AirAsia QZ...

JAKARTA - Persoalan punca nahas pesawat AirAsia QZ8501 belum dapat terjawab sepenuhnya walaupun...

140 Kes Pecah Rumah...

KUCHING - Sarawak merekodkan 140 kes pecah rumah dan curi sejak awal tahun,...

Otak Wanita Adalah Lebih...

DALAM satu ujian pengimejan fungsi otak oleh sebuah klinik di California, Amerika Syarikat...

Kes Seludup Senjata: PDRM Bekerjasama Dengan Pakistan

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Pakistan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kes penahanan seorang rakyat Malaysia selepas disyaki cuba menyeludup keluar senjata api di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi pada Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata PDRM akan berhubung dengan pihak Pakistan bagi mengetahui status dan kegiatan pemuda berusia 20 tahun itu di negara berkenaan.

“Mungkin dia terlibat dengan kegiatan ekstremis di sana seperti Daesh dan seumpamanya… sebab itu, kami masih menyiasat.

“Setakat ini, saya tidak dapat lagi maklumat lanjut mengenai kes itu tetapi yang jelasnya lelaki itu cuba hendak pulang ke Malaysia,” katanya pada sidang berita selepas majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata PDRM juga akan menyiasat kemungkinan adanya individu lain atau rangkaian negara ini yang terlibat dengan kes itu.


Portal media antarabangsa melaporkan bahawa pemuda itu dijadualkan menaiki pesawat Thai Airways TG 342 yang menuju ke Bangkok, Thailand, sebelum dia ditahan di lapangan terbang berkenaan.

Suspek, yang berasal dari Sarawak, dilaporkan cuba menyeludup keluar empat pistol, lapan kelopak serta 70 butir peluru yang disembunyikan di dalam bagasi dan tapak kasutnya. – BERNAMA

Kategori