Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Anifah Boleh Bertanding PRK...

SHAH ALAM - Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman boleh menjadi calon...

Tambah Anggota UTK, Komando...

MELAKA - Permohonan menambah keanggotaan dan memperbesarkan lagi Unit Tindak Khas (UTK) dan...

“Tak Perlu Persoal Sah...

KECOH kononnya jika seorang Muslim itu mempunyai tatu di badannya, maka solat mereka...

Hasil Kerjasama BN, PH...

SHAH ALAM : Pakatan Harapan (PH) optimis mampu menang di antara 45 hingga...

Kes Tembakan: Polis Tahan Remaja Lelaki Dan Bapa

ALOR SETAR – Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan bapanya bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut terkena tembakan dalam kejadian di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya turut merampas selaras senapang patah daripada mereka.

Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Terkena Tembakan

“Berdasarkan temu bual dengan saksi, kami percaya kanak-kanak perempuan itu terkena tembakan senapang patah yang dibawa oleh remaja lelaki tersebut.

“Difahamkan senapang itu adalah milik moyang remaja lelaki berkenaan yang dibawa balik oleh bapanya yang berusia 50 tahun bagi tujuan menembak tupai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata senapang itu mempunyai lesen yang sah dan kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 11 pagi tadi, Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin yang sedang menonton televisyen di rumah datuknya maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kiri mukanya akibat terkena tembakan senapang patah. – BERNAMA

Kategori