SINGAPURA – Lalu lintas untuk berlepas dari pusat pemeriksaan Woodlands di sini sesak berikutan aliran balik lalu lintas dari Malaysia, menurut Lembaga Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) Singapura.
“Kelewatan dijangka berlaku dan pengguna jalan raya dinasihati supaya menyemak laman sesawang ‘One Motoring’ Lembaga Pengangkutan Darat sebelum memulakan perjalanan mereka,” menurut catatan terkini ICA menerusi Facebook pada 10 pagi.
Semakan terhadap keadaan lalu lintas secara langsung menerusi www.checkpoint.sg pada 10.15 pagi mendapati perjalanan ke Johor Bahru menerusi Tambak Johor mengambil masa dua jam manakala untuk ke Singapura pula 40 minit.
Tiada kemalangan dilaporkan.
Cuti persekolahan sedang berlangsung di Malaysia dan Singapura. – BERNAMA