Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

GEORGE TOWN – Beberapa kawasan di sepanjang Jalan Sungai Dua hingga Jalan Pekaka...

Momo Sudah ‘Mati’ Reput

TOKYO - Pencipta Momo, Keisuke Aiso memberi jaminan kepada kanak-kanak arca ngeri itu...

Penumpang Air Asia Terkejut...

MENJIJIKKAN... Seorang penumpang Air Asia terkejut apabila menjumpai bangkai seekor cicak dalam nasi...

GAMBAR : Wow!! Neelofa...

Selebriti anak Kelantan ini sememangnya serba boleh.Bermula daripada kemenangan dalam pencarian Dewi Remaja...

Kesihatan Iman Pulih Sedikit Daripada Sakit Tumor

KOTA KINABALU – Iman, satu satunya badak sumbu betina yang hidup dalam peliharaan di Malaysia dan sedang bergelut dengan penyakit tumor dalam rahim, menunjukkan kesihatan yang bertambah baik sedikit hari ini walaupun keadaannya masih lagi serius, kata Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga.

Menurutnya walaupun Iman berupaya makan dan minum lebih banyak semalam, haiwan itu masih perlu makan dan minum lebih banyak lagi bagi memulihkan tenaganya.

“Ia terbaring dari 11 malam tadi hingga kira-kira 6 pagi ini. Ia makan 200 gram daun sekitar 7.30 pagi dan minum air kosong serta air yang dicampur dengan vitamin dan mineral.

“Ia berjalan dan berdiri di tempatnya bermalam serta sekali-sekala duduk bertopangkan sternumnya. Pada sebelah petang, ia makan 1.5 kg daun dan minum air,” kata Tuuga dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata veterinawan yang menjaga haiwan itu di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memberi infusi ubat dan suplemen sebanyak 11 liter serta antibiotik, ubat tahan sakit, Vitamin K, Ranitidine bagi mengurangkan asid gastrik dan Diazepam bagi merangsang seleranya.

Menurut beliau, pendarahan masih berlaku, tetapi kurang berbanding semalam dan haiwan itu masih belum mengeluarkan bunyi.


“Kami perlu menilai keadaannya setiap hari. Kami harap esok akan lebih baik daripada hari ini,” katanya.

Iman dikesan menghidap tumor ‘uterine leiomyoma’ apabila ia mula mengalami pendarahan pada 14 Disember.

Haiwan itu adalah satu-satunya badak sumbu betina yang hidup dalam peliharaan di negara ini setelah kematian Puntung kira-kira enam bulan lepas akibat barah. – BERNAMA

Kategori