Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jual Bangunan UMNO Selangor...

SHAH ALAM - Penjualan Bangunan UMNO hanya berada di peringkat cadangan dan belum...

Dua Lelaki Dipercayai Tentera...

KUALA LUMPUR - Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota pemberontak tentera...

Batu Sumpah Keningau Dipindahkan...

KOTA KINABALU - Kerja-kerja untuk memindahkan Batu Sumpah Keningau akan dilaksanakan April ini,...

Kebocoran CCTV, MAHB Mulakan...

PUTRAJAYA - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah memulakan siasatan dalaman bagi mengetahui...

Kim Swee Bakal Uji Kekuatan, Kelemahan B-23

KUALA LUMPUR – Kekuatan dan kelemahan sebenar skuad Bawah-23 (B-23) tahun negara, akan diukur pada aksi persahabatan terakhir menentang pasukan B-23 Syria di Nanjing, China pada Jumaat depan , sebelum memulakan saingan Kejuaraan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 bermula dari 9 hingga 27 Jan tahun hadapan.

Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee berkata, setelah mengharungi tiga perlawanan persahabatan berintensiti tinggi menentang kelab di Korea Selatan, anak buahnya masih perlu memperbaiki beberapa perkara lagi.

“Objektif utama kita telah dicapai melalui aksi-aksi cukup berintensiti tinggi dan keseluruhan kita masih lagi perlu memperbaiki pada perlawanan terakhir menentang pasukan B-23 Syria, yang bakal mengukur kekuatan dan kelemahan sebenar kita.

Kita tidak membandingkan pusingan kelayakan dan perlawanan persahabatan, namun dari sudut analisis saya percaya pemain bertambah baik dari satu perlawanan ke satu perlawanan, tetapi, yang paling penting, para pemain akan sampai ke puncak apabila kejohanan bermula di China nanti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada aksi persahabatan terakhir hari ini, skuad kendaliannya terikat 1-1 menentang Jeonju Citizen FC, apabila tuan rumah membuka jaringan menerusi Oh Tae Hwan pada minit ke-15, sebelum Safawi Rasid menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-75.

“Keputusan tiga aksi di Korea ini tidak memberi sebarang impak mahupun tekanan, tetapi kualiti permainan amat penting. Kita berjaya mengenal pasti segala kelemahan dan pada masa yang sama memperbaikinya, terutamanya perlawanan hari ini,” kata pengendali yang berasal dari Melaka itu.

Pada dua aksi persahabatan sebelum ini, skuad negara menewaskan Honam University 1-0 pada Jumaat dan terikat 1-1 menentang Mokpo City FC pada aksi sulung, Rabu lepas.


Kim Swee dijangka menggugurkan tiga pemain bagi melengkapkan senarai akhir skuad 23 pemain ke Kejuaraan B-23 AFC 2018 esok, sebelum berlepas ke Nanjing pada Sabtu ini.

Skuad negara yang diundi dalam kumpulan C, akan membuka kempen Kejohanan Piala AFC B-23 2018 berdepan Iraq pada 10 Jan diikuti perlawanan menentang Jordan (13 Jan) sebelum menutup aksi kumpulan bertemu Arab Saudi (16 Jan).

Malaysia perlu muncul sebagai dua pasukan teratas kumpulan untuk mara ke peringkat suku akhir yang akan berlangsung pada 20 Jan, diikuti separuh akhir pada 23 Jan dan final pada 27 Jan. – BERNAMA

Kategori