Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Henti Salahkan Ibu Bapa...

JOHOR BAHRU - Masyarakat khususnya pengguna laman sosial diminta menghentikan perbuatan menyalahkan ibu...

Harga Minyak Jatuh: Bajet...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan langkah...

Lucu! 5 Sebab Kenapa...

MELIHATKAN tajuk sahaja sudah pasti membuatkan orang ramai beranggap mengapa perlu meletakkan unsur...

Giliran Khalid, Saifuddin Teruk...

SINIS... Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal...

Kim Swee Puas Hati Corak Permainan Skuad B-23

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee berpuas hati dengan peningkatan corak permainan dipamerkan pemainnya selepas mengharungi dua aksi persahabatan di Mokpo, Korea Selatan setakat ini.

Beliau, bagaimanapun meminta anak didiknya supaya dapat mengekalkan aksi konsisten dalam aksi persahabatan terakhir pada 28 Dis ini, sebelum mereka dijangka berlepas ke China untuk menghadapi beberapa aksi persahabatan.

“Peningkatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan bertambah baik dan kita harus kekalkan corak yang konsisten pada perlawanan persahabatan terakhir 28 Dis ini,” kata Kim Swee kepada Bernama menerusi aplikasi Whatsapp, hari ini.

Terdahulu, skuad muda negara menewaskan Honam University 1-0 pada aksi persahabatan kedua di Korea Selatan hasil jaringan R. Kogileswaran pada minit ke-84.

Mengulas lanjut, Kim Swee menjelaskan tiada kelemahan ketara selepas dua perlawanan namun meminta pemain yang beraksi pada perlawanan hari ini, supaya bijak mengawal asakan pihak lawan selain beraksi mengikut permainan sendiri jika diberi peluang beraksi pada perlawanan persahabatan seterusnya.

Jelasnya, pemain sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca sejuk di Korea Selatan ketika ini dan yakin mereka mampu menghadapi keadaan tersebut sehingga berakhirnya kem latihan pusat di negara berkenaan pada 30 Dis ini.

Dalam pada itu, Kim Swee memaklumkan kesemua 26 pemain yang dibawa ke Korea Selatan akan diberi peluang sama rata pada aksi persahabatan bagi membuktikan keupayaan masing-masing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Kombinasi terbaik berkemungkinan besar akan diturunkan ketika perlawanan terakhir di China sebelum perlawanan pertama Kumpulan C menentang Iraq pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di China.


“Buat masa ini, kesemua pemain akan diberi ruang yang sama bagi memastikan setiap pemain faham corak taktikal sebenar pasukan kita sebelum berangkat ke China, nanti,” kata Kim Swee.

Untuk rekod, skuad B-23 mencatat keputusan seri 1-1 menentang Mokpo City FC pada aksi persahabatan sulung, Rabu lepas.

Skuad muda negara ‘berkampung’ di Korea Selatan sejak 17 Dis lepas untuk sesi latihan dan aksi persahabatan bagi menghadapi pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak AFC B-23 2018 di China, Januari depan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Iraq, Jordan dan Arab Saudi pada kejohanan berkenaan yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 27 Jan 2018. – BERNAMA

Kategori