Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

FAM Tolak Rayuan Wan...

KUALA LUMPUR - Nasib malang melanda pemain sayap Kelantan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria...

Ucapan Wawa Zainal Kepada...

ROMANTIS sungguh melihat perhubungan selebriti terkenal, Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang diibaratkan...

Kaji Semula Lesen Pukat...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengawal aktiviti nelayan...

Saya Hormat Kejujuran Awak...

SEJAK beberapa hari lalu, pemilik nama Fattah Amin terus-menerus menguasai carta trending di...

Kompaun RM3K Guna Telefon Ketika Memandu

SIKAP sesetengah pemandu kenderaan di jalan raya yang dilihat tidak memperdulikan keselamatan diri mereka serta orang sekeliling dengan mengunakan aplikasi telefon bimbit mereka ketika memandu perlukan perhatian yang lebih serius dari pihak berwajib dalam negara kita.

Sekiranya isu terbabit tidak dipandang serius oleh semua pihak dalam negara khususnya oleh pihak berwajib nescaya kemalangan yang dikaitkan dengan kecuaian pemandu yang hanya mementingkan diri mereka sendiri serta yang sesuka hati mengunakan aplikasi telefon bimbit ketika memandu akan menjadi satu masalah besar dalam negara kita.

Sudah menjadi lumrah masa kini sikap manusia zaman moden yang sukar berpisah dengan peranti pintas itu yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Apatah lagi zaman sekarang ramai yang guna aplikasi WhatsApp, Facebook, Twitter maka mesej selalunya menderu-deru diterima tidak kira masa termasuk ketika memandu, terutama jika seseorang itu mempunyai banyak kumpulan perbualan dalam aplikasi-aplikasi berkenaan.

Keadaan itulah yang menyebabkan mereka kadang-kala tak boleh menahan tangan daripada memeriksa telefon bimbit bila ada mesej masuk ketika memandu serta melayan terus mesej yang telah diterima.

Mereka juga mungkin merasakan sudah cukup cekap untuk mengawal stereng kenderaan serta beranggapan jalan raya tidak sesak sangat serta cukup selamat untuk mereka melakukan aktiviti berkenaan.

Mereka seolah-olah tidak dapat berfikir secara rasional dimana aspek pemanduan di jalan raya memerlukan tumpuan daripada pihak pemandu 100% tanpa sebarang gangguan.

Sekiranya pemandu masih melayan segala mesej yang diterima masuk dalam aplikasi telefon mereka, mereka telah meletakkan diri mereka serta diri orang lain yang tidak bersalah dalam risiko berlakunya kemalangan.

Menurut pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sepanjang tahun 2016 yang lalu, lebih 46,000 saman dikeluarkan oleh polis terhadap pemandu atas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu, peningkatan hampir 4,000 daripada 42,641 jumlah saman yang dikeluarkan pada 2015.

Kajian yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) baru – baru ini juga mendapati kebanyakan pemandu di negara ini mengakui bahawa penggunaan telefon bimbit ketika memandu merupakan faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Pihak Miros telah melakukan kajian rawak pada tahun lalu terhadap 300 responden di Lembah Klang yang mendapati 43.4 peratus pengguna jalan raya menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta dan membonceng motosikal manakala 61.7 peratus pemandu menerima atau membuat panggilan telefon ketika memandu sekurang-kurangnya satu hingga tiga kali seminggu.

Selain itu, kajian terbabit juga mendedahkan 53.6 peratus pemandu menggunakan telefon bimbit ketika terperangkap di dalam kesesakan jalan raya; 53 peratus pemandu menaip teks ketika memandu sekurang-kurangnya satu hingga tiga kali seminggu dan 61.7 peratus pemandu menerima atau membuat panggilan telefon ketika memandu sekurang – kurangnya satu hingga tiga kali seminggu.


Semua ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa tahap kesedaran para pemandu jalan raya dalam negara kita mengenai isu ini masih berada dalam tahap rendah serta peningkatan jumlah kesalahan pada tahun yang lalu menunjukkan satu angka yang amat membimbangkan.

Sudah sampai masanya kita mengambil satu langkah yang lebih keras dan berkesan bagi hadapi serta mengekang masalah ini. Ini dapat dilakukan melalui pelbagai cara.

Antara cara yang paling efektif ialah dari aspek pengukuhan dan penguatkuasaan undang-undang sedia dalam negara kita.

Perbuatan memandu sambil menggunakan telefon bimbit dianggap memandu secara berbahaya dan mereka yang berbuat demikian boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]. Mereka juga boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300.

Jumlah RM300 dilihat adalah terlalu kecil serta hampir tidak membawa apa-apa makna pada masa kini. Tidak hairan lah sekiranya terdapat peningkatan terhadap statistik kesalahan ini pada tahun yang lalu.

Oleh itu, adalah disarankan kepada pihak kerajaan untuk meminda akta dan peraturan sedia ada bagi mengetepikan terus pemberian kompaun atau mengenakan kadar kompaun yang lebih tinggi daripada RM300 kepada RM3,000 supaya para pemandu jalan raya mengambil isu terbabit dengan lebih serius.

Pada masa yang sama pihak berkuasa perlu giat melakukan proses pemantauan dan penahan terhadap mana-mana pemandu yang didapati mengunakan telefon atau sebarang aplikasi yang boleh menyebabkan mereka cuai dan lalai ketika berada di atas jalan raya.

Disediakan oleh,
Dr. Muzaffar Syah Mallow,
Pensyarah Kanan,
Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kategori