Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Serangan Udara AS Sasar...

WASHINGTON - Amerika Syarikat disertai Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) meneruskan...

IPTA Bidas Laporan Akhbar...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Timbalan-timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Institut Pengajian Tinggi...

Hampir 200 Kilogram Dadah...

TAIPING - Lebih 196 kilogram dadah pelbagai jenis termasuk daun ketum bernilai lebih...

PNB Jangka Iklim Pelaburan...

KUALA LUMPUR - Iklim pelaburan pada 2018 berpotensi untuk menjadi lebih baik berbanding...

Kompilasi Momen ‘Bersemut’ Fattzura Selepas Nikah

SIAPA sangka, pertemuan di lokasi penggambaran drama rantaian Hero Seorang Cinderella menjadi kisah cinta bak dongengan di alam realiti?

Kini, Nur Fazura Sharifuddin telah sah menjadi isteri kepada pelakon tinggi lampai, Fattah Amin selepas mereka diijab kabulkan pada 17 November yang lalu.

Baca: Tahniah! Fattah, Fazura Sudah Sah Nikah

Sejak dah bergelar suami isteri ni, makin berseri-seri tengok wajah diorang berdua ni. Lagi-lagi dengan aksi spontan mereka yang sangat comel sampai ‘bersemut’ skrin kami!

Sebelum ini, satu berita kurang enak tiba-tiba timbul selepas berita pernikahan mereka diketahui oleh umum. Ada khabar angin kononnya mengatakan bahawa Fazura dan Fattah tidak mengikut prosedur pernikahan dengan betul.

Namun isu itu telah disangkal oleh Fattah sendiri dan dia tidak menyangka bahawa ada sesetengah pihak media yang begitu gigih untuk mengetahui perkara sebenar sehingga sanggup ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI).

“Majlis pernikahan kami mengikut prosedur yang betul. Malah, saya terkejut kerana ada juga teman media yang gigih cuba mendapatkan kenyataan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) mengenai status pernikahan kami.

“Alhamdulillah, pihak JAWI mengeluarkan kenyataan sama. Kami berkahwin seperti orang lain juga. Semua sudah selesai dan tak perlu dipertikaikan lagi.

“Majlis itu sah dengan sekali lafaz dan Alhamdulillah, berjalan lancar. Saya dinikahkan oleh abang Fazura sendiri dan turut berada pada majlis itu ialah wakil JAWI selain keluarga rapat kami,” kata Fattah dipetik daripada BH Online.

Maklumlah, sebelum ini setiap apa yang dikatakan oleh Fattah dan Fazura bagaikan satu perkara yang sangat dinanti-nantikan oleh semua orang. Lagi pula waktu itu, mereka terus berangkat ke Tanah Suci dengan meninggalkan pelbagai tanda tanya.

Selain itu, mereka perlu merahsiakan berita mengenai pernikahan itu atas sebab yang tertentu yang juga disebabkan oleh permintaan keluarga sendiri.

“Jodoh adalah rahsia Allah, kita sudah rancang yang terbaik. Semua yang berlaku ada sebab tersendiri.

“Semua ini adalah atas permintaan keluarga yang saya perlu hormati. Kami sudah setuju untuk tidak berkongsi perkara peribadi dan apa yang kami nak kongsi, sudah pun kongsikan,” tambah Fattah lagi.

Dalam masa yang sama, kita semua mengetahui bahawa Fazura merupakan seorang pelakon yang terlampau obses dengan kerja sehingga tidak mahu berfikir mengenai urusan kahwin.


Fazura sendiri mengakui bahawa dia merupakan seorang wanita yang sangat degil dan dia langsung tidak terfikir untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat.

“Tapi apabila bertemu dengan Fattah dan mengenali dia, hati saya terbuka. Saya nampak masa depan dengan dia. Dia melamar dan saya menerima,” ujar wanita berusia 34 tahun itu.

Alahai… Sweetnya jawapan Fazura tu. Nampaknya Fattah ni bukan calang-calang orang ni! Kuat betul jodoh mereka ni walaupun sebelum ini hubungan mereka cuma sekadar rakan biasa sahaja.

Hubungan cinta berprofil tinggi mereka juga diikuti oleh ribuan peminat mereka sehingga ada akaun media sosial yang didedikasikan khas yang mengandungi video-video eksklusif pasangan ini.

Bayangkan, walaupun mereka hanya membuat instastory di Instagram, pasti video itu akan dimuatkan di dalam satu video yang mengumpulkan macam-macam momen istimewa mereka.

Semalam, Fazura dan Fattah telah menghadiri majlis perkahwinan saudara adik perempuan Fattah di Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam.

Sesi pengenalan diteruskan. Such an idol @missfazura 😍 Always Humble and kind to others 💖💙

A post shared by fadzleenfadzil (@fadzchumel) on

Fazura tidak melepaskan peluang yang ada dengan memulakan sesi suai kenal bersama dengan keluarga baharunya itu. Disitu lah bermula detik di mana pelakon cantik manis itu perlu mengingati nama saudara mara Fattah. Haa… Agak-agak mencabar tak tu Fazura?

Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Kalau ada gosip murahan lepas ni kalian tak perlu layankan! – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori