Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mayat Lelaki OKU Disambar...

LAWAS - Mayat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang disambar buaya semalam...

Morais Idam Piala Malaysia...

SHAH ALAM - Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais mengimpikan pengakhiran...

PPBM Digantung Sementara Dilanda...

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang digantung sementara Jabatan Pendaftaran...

Dapat Cium Hajar Aswad,...

WALAUPUN baru dua tahun penyanyi ini memeluk Islam, nampaknya rezeki Marsha Milan untuk...

Konsert Disabotaj ‘Ustaz’, XPDC Buat Laporan Polis

BAGI mereka yang meminati muzik rock tanah air pasti tahu lagu Apa Nak Dikata dan C.I.N.T.A yang pernah dipopularkan oleh kumpulan rock XPDC sekitar awal tahun 90-an yang lalu.

Untuk mengubat kerinduan peminat, XPDC bakal mengadakan Konsert Public Distortion 2017, yang turut menampilkan Amy Search dan dijadualkan berlangsung di Oasis Square, Oasis Damansara, Petaling Jaya.

Namun, khabarnya konsert tersebut telah disabotaj pula oleh seorang lelaki bergelar ‘ustaz’.

Menurut Lola yang juga pemain dram kumpulan itu, sebanyak lima laporan polis telah dibuat bagi menghalang tindakan ‘ustaz’ tersebut semakin menjadi-jadi.

“Perkara ini memang sudah lama berlaku, iaitu sejak XPDC terbahagi kepada dua kumpulan.

“Kita tidak kisah jika hanya mengaitkan kami. Namun, apabila ia sampai memboikot konsert sehingga buat video di YouTube, keadaan itu memaksa kami mengambil tindakan.

“Dia individu yang kita kenali dan seorang peminat tegar XPDC. Mungkin sebab dirinya sudah tiada kerja dan mahukan populariti, sebab itu dia cuba mencetuskan provokasi sehingga sanggup memfitnah serta mengaibkan kami, selain mengaitkan isu agama,” katanya dipetik BH Online.


Namun, Lola atau nama sebenarnya Saiful Rizla Kamaruddin menjelaskan tindakan ‘ustaz’ tersebut tidak memberi kesan kepada penjualan tiket konsert gabungan XPDC dengan Prime Domestic itu.

Katanya, hampir 2,000 keping tiket berjaya dijual bagi konsert yang bakal diadakan pada 9 Disember ini di Oasis Damansara, Petaling Jaya.

Walaupun begitu, laporan polis yang dibuat sebagai langkah berjaga-jaga terhadap fitnah yang dilemparkan.

“Kita sedang mengumpul maklumat untuk mengheretnya ke mahkamah. Buat masa sekarang, kita biarkan dia berhenti sendiri dan kalau masih berbunyi, kita akan ambil tindakan selanjutnya.

“Alhamdulillah, dari sudut positif, kontroversi itu turut membantu jualan tiket konsert. Peminat sekarang tidak mudah terkesan dengan hasutan sedemikian,” ujarnya.

Konsert tersebut juga menampilkan Amy Search dan terdapat kejutan yang akan berlaku pada malam konsert tersebut. Semoga konsert berkenaan berlangsung dengan jayanya! – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori