Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Remaja Dikompaun RM5,000 Rentas...

BUTTERWORTH - Seorang remaja perempuan dikompaun RM5,000 kerana merentas daerah tanpa kebenaran menggunakan...

Contohi Pengorbanan Besar JDT...

PEMAIN, jurulatih dan kakitangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bukan sahaja bersetuju dengan...

Tawaran Anwar, PAS Bincang...

PETALING JAYA – Pas akan berbincang dengan rakan-rakan komponen Perikatan Nasional (PN) dalam...

Bank Negara Malaysia Akan...

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti...

KPM Salur Peruntukan Besar Untuk SJKT

TEMERLOH – Kementerian Pendidikan memperuntukkan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi kerja-kerja menyelenggara dan menaik taraf 157 buah sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata dalam masa yang sama sebanyak RM10 juta turut diperuntukkan untuk pembinaan 50 buah bilik baharu, pra sekolah aliran itu pada tahun ini.

“Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa prihatin dengan pendidikan masyarakat India dan ini terbukti dengan peruntukan besar yang disalurkan untuk membaik pulih 524 SJKT di seluruh negara.

“Kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf sekolah-sekolah lama ini telah dimulakan iaitu sejak 2009 lagi. Pada tahun 2015 serta 2016 sahaja, kementerian memperuntukkan sebanyak RM66.5 juta untuk melakukan kerja-kerja itu melibatkan 300 buah sekolah bantuan kerajaan jenis Tamil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bangunan baharu SJKT Ladang Lanchang, di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk P. Kamalanathan.

​​​​​​​​​​​​​​Majlis turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri Lanchang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

Mahdzir berkata keadaan itu jauh berbeza dengan negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia yang hanya mewujudkan satu aliran walaupun terdapat pelbagai kaum di negara mereka.


“Di Malaysia kita meraikan perbezaan dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan masih lagi wujud, malah sekolah yang kurang murid seperti di SJKT Ladang ini kita tidak tutup malah terus beri bantuan dan bina bangunan baharu,” katanya.

Sementara itu Kamalanathan berkata kejayaan menyiapkan SJKT Ladang Lanchang yang menelan kos RM7 juta adalah bukti keprihatinan kerajaan di bawah kepemimpinan perdana menteri bagi memastikan semua kaum menikmati pendidikan yang selesa dan berkualiti.

“Sekolah ini dahulunya kurang peruntukan tetapi dengan kerjasama pelbagai pihak ia akhirnya berjaya disiapkan dengan kos RM7 juta, penantian 30 tahun penduduk supaya sekolah ini dikeluarkan dari kawasan ladang milik Sime Darby akhirnya berjaya dan ini adalah kejayaan rakyat, banyak cabaran untuk membina sekolah ini.

“Sekolah ini nampak cantik dan moden yang membuktikan kerajaan Barisan Nasional menepati janjinya walaupun mengambil masa,” katanya. – BERNAMA

Kategori