Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ismail ‘Kantoi’ Curang Enam...

KUALA LUMPUR: Mula mengenali hati budi sejak di bangku sekolah pada 2014, namun, bibit cinta antara penyanyi Ismail Izzani, 21, dan Shalma Eliana, 21, mekar empat tahun kemudian.

Ridzuan Tekad Tebus Kecewa...

KUALA LUMPUR - Pemenang pingat perak acara 100 meter (m) T36 (palsi serebrum)...

Polis Buru Supek Kes...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang suspek lelaki satu...

Bomba Sabah Mahu Jadikan...

KOTA KINABALU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah bercadang menjadikan Pasukan Mencari dan...

KPN Terharu Ramai Bantu Uruskan Pengebumian Isteri

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua pihak yang membantu menguruskan pengebumian isterinya, Puan Sri Azizah Hamdi hari ini.

Katanya, beliau bersyukur kerana segala urusan pengebumian Allahyarhamah yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam di tanah perkuburan Kampung Rapat Jaya, Ipoh, Perak dipermudahkan Allah S.W.T.

“Saya dan seisi keluarga menzahirkan setulus penghargaan. Setinggi-tinggi terima kasih juga kami ucapkan kepada semua pihak yang telah mengirimkan ucapan belasungkawa dan bersama kami dalam saat-saat kami kehilangan insan tersayang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, beliau dan keluarganya memohon maaf kerana tidak termampu membalas semua ucapan takziah yang diterima keluarganya.

Jenazah Azizah, 58, tiba di kediaman ibu Allahyarham di Rapat Jaya pada pukul 1 pagi dari Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.


Jenazah kemudiannya disembahyangkan di Masjid Kampung Melayu Gunung Rapat pada pukul 9 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Lebih 1,000 orang menghadiri pengebumian termasuk Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad. – MYNEWSHUB.CC

Kategori